jump to navigation

Selamat Hari Raya September 12, 2010

Posted by wong jimmy in Raya.
trackback

At Timbalan OCPD Supt. Imran Abd Rahman open house

Wishing to all Muslim and friends a SELAMAT HARI RAYA. Sebagai Adun Sri Tanjung, saya sekeluarga dan seluruh ahli DAP mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semoga murah rezeki semua dan negara aman sejahtera. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf jika terkasar bahasa semasa saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang wakil rakyat dan semoga tahun ini kita boleh lebih bekerjasama untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat dan sebagainya demi kepentingan semua.  Masih banyak lagi masalah rakyat dan pembayar cukai yang perlu diselesaikan seperti bekalan air dan letrik. Tempat letak kereta juga perlu di titik beratkan kerana sekian hari kenderaan bertambah banyak di Tawau sedangkan tempat letak kereta kita tidak bertambah dan seblaiknya berkurangan disebabkan pembangunan. Kita berharap sangat pihak berkuasa tempatan dan kerajaan akan pekak dengan masalah-masalah ini dan akan memngambil langkah-langkah yang positif untuk kebaikan semua. Saya sebagai wakil rakyat tidak akan berdiam diri jika saya menerima aduan-aduan daripada mana-mana pihak dan akan mencuba dengan sedaya-upaya untuk membawa rungutan mereka kepada pihak-pihak yang berkenaan. Baru-baru ini saya menerima aduan masalah air daripada En. Lui yang tinggal di Jln Masjid. Masalah disebabkan oleh paip pecah dan telah siap dibaiki selepas dua hari. Saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Air Tawau kerana terpaksa bekerja walaupun pada Hari Raya. Inilah sikap tanggungjawab yang dipuji oleh rakyat. Sikap menjalankan tugas tidak kira cuti, kerana hendak memastikan rakyat tidak akan sengsara dan tertunggu-tunggu. Syabas.

Advertisements

Comments»

1. mrz - September 21, 2010

selamat hari raya YB. sikap dan kepimpinan Yb terhadap permasalah Rakyat di Tawau memang patut di puji. Cuma Cara Yb dlm menangani masalah tersebut yang menajadi Persoalan. YB cuma mhu nasalh itu diselesaikan secara jangka pendek. contohnya Pasal PAip Bocor / pecah TAdi.Selesai saja masalah berhaburlah pujian untu jabatan yang membuatnya dan Yb Pun Dapat NAMA.Tapi pernah kah YB dan Para penasihat YB menkaji kenapa perkara ini berlaku. terutama berhampiran hari- hari perayan. Nasib baik lah YB yang Buat aduan Kalau rakyat biasa haram tiada siapa yang akan layan.Sepatutnya YB dan Para penasihat YB Hadir dalam Mesyuarat Penuh MPT dan Ambil Nota serta aduan yang telah Dan Cuba Diselesaikan Oleh Semua Jabatan yg terbabit. Tak Salahkan Kalau DAP mendengar. bukan MAhu Campur TAngan. DAri sini kita boleh mengetahui punca masalah tersebut. Saya berharap YB boleh Bertindak Bukan Atas Nama DAP saja Tetapi Atas nama BUDAK TAWAU DAN MANUSIA YANG BAERHATI PERUT.

2. faddin - January 18, 2011

saya hendak membuat aduan mengenai institusi tun ahmadsha abdullah oil & gas academy di tempat d ums.management teruk,tipu pelajar mengenai sijil dan elaun d tahan walaupun kerajaan telah memberi kepada meraka.saya sangat kecewa mengenai ini. saya pihak atasan dapat memebuat satu siasatan terhadap institusi ini.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: