jump to navigation

Selamat Hari Raya September 12, 2010

Posted by wong jimmy in Raya.
2 comments

At Timbalan OCPD Supt. Imran Abd Rahman open house

Wishing to all Muslim and friends a SELAMAT HARI RAYA. Sebagai Adun Sri Tanjung, saya sekeluarga dan seluruh ahli DAP mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semoga murah rezeki semua dan negara aman sejahtera. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf jika terkasar bahasa semasa saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang wakil rakyat dan semoga tahun ini kita boleh lebih bekerjasama untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat dan sebagainya demi kepentingan semua.  Masih banyak lagi masalah rakyat dan pembayar cukai yang perlu diselesaikan seperti bekalan air dan letrik. Tempat letak kereta juga perlu di titik beratkan kerana sekian hari kenderaan bertambah banyak di Tawau sedangkan tempat letak kereta kita tidak bertambah dan seblaiknya berkurangan disebabkan pembangunan. Kita berharap sangat pihak berkuasa tempatan dan kerajaan akan pekak dengan masalah-masalah ini dan akan memngambil langkah-langkah yang positif untuk kebaikan semua. Saya sebagai wakil rakyat tidak akan berdiam diri jika saya menerima aduan-aduan daripada mana-mana pihak dan akan mencuba dengan sedaya-upaya untuk membawa rungutan mereka kepada pihak-pihak yang berkenaan. Baru-baru ini saya menerima aduan masalah air daripada En. Lui yang tinggal di Jln Masjid. Masalah disebabkan oleh paip pecah dan telah siap dibaiki selepas dua hari. Saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Air Tawau kerana terpaksa bekerja walaupun pada Hari Raya. Inilah sikap tanggungjawab yang dipuji oleh rakyat. Sikap menjalankan tugas tidak kira cuti, kerana hendak memastikan rakyat tidak akan sengsara dan tertunggu-tunggu. Syabas.

Advertisements