jump to navigation

Fish Bombing still rampant in Semporna May 18, 2010

Posted by wong jimmy in Fiah bombing, Illegal Immigrants.
add a comment

Fish bombing and poisoning serious in Semporna’s islands

I visited Danawan Island recently and the local villagers claimed fish bombings and poisoning is a daily matter and about 90 percent of fish sold at Semporna’s market comes from the illegal activities.

I met the local Danavan’s villagers and they told me these illegal activities are daily routine. Every hour the villagers said they could hear fish bombs exploding.

According to the villagers, the fish bombers only stop their activity and disappear when there are divers coming to dive between Danawan and Si Amil islands.

Divers that I met said they saw some dead fishes and only small fishes, no more big fishes. A diver working in Kampalai who brought some divers from Beijing, said they saw dead fishes and confirmed they heard bomb explodes underwater.

I also noticed that pump boats are numerous in the area and suspected the boats are used by the culprits.

I met a local by the name of Rudy Nomar who told me that there are 140 families of illegal immigrants compared to 24 local families. The locals only make up 175 people while the illegal are more that 2,000 people at Danawan and this is very serious.

Rudy said the locals used to use traditional fishing method but many had no choice but to follow the illegal methods to compete and the locals are pointing fingers at the illegal foreigners who had place them is such a predicament.

Ligitan Island is under serious threat of daily bombing activities and need to be gazette as protected park so that the Sabah Parks could manage the area and curb destructive fishing methods.

The three islands, Danawan, Ligitan and Si Amil are tourism potential and the state government must act fast to save the ecology potential before it’s too late.

These islands are in the Coral Triangle location and the locals at the island need to be educated to help safe-keep its richness. The government need to seriously step-in and help with the locals’ living standard at these islands, or else they will unknowingly resort to destroying their own rice bowl in order to compete with the illegal immigrants.

A 24-hour integrated forces should be stationed at the islands so that all aspects of security would be covered and leave no grey areas for perpetrators to flourish.

The army that are being stationed there is not enough. They have their job to look after security. More agencies are needed to carry out other enforcement duty such as destructive fishing. I hope the government will do a study as soon as possible and deal with the problem soonest.

Advertisements

13th SLA Speech May 18, 2010

Posted by wong jimmy in speech, Uncategorized.
add a comment

Perbahasan di Dewan Undangan Negeri Sabah ke 13 by ADUN N57 Sri Tanjong, YB Jimmy Wong

Tuan speaker, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya bahas ke atas Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri atas ucapan Dasar kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada hari Khamis bersamaan dengan 15 Apr 2010.

Terima kasih dan tahniah juga kepada Kerajaan di mana peruntukan sebanyak RM25 billion dari kerajaan persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke (RMK)9 untuk membangunkan Sabah.dan juga peruntukan dari negeri sebanyak lebih kurang RM15 Billion iaitu belanjawan terbesar dalam 5 tahun ini.

Walau bagaimanapun, masalah-masalah seperti kemiskinan, pendatang asing, jenayah, keselamatan, tanah dan kemudahan asas seperti air dan elektrik masih lagi belum diselesaikan. Masalah ini juga disebut oleh ADUN lain seperti ADUN Pantai Manis.  Kerajaan mestilah memantau sama ada rancangan-rancangan yang dijalankan telah dilaksanakan dengan baik dan boleh membantu rakyat dengan berkesan.

Ekonomi

Saya ingin berterima kasih dan tahniah kepada kerajaan Sabah di bawah YAB Ketua Menteri untuk Model Ekonomi Baru untuk membuat pusingan “U” demi membolehkan rakyat mencapai pendapatan tinggi.

Pelan Ekonomi Baru (NEP) yang diperkenalkan perlu dikaji dengan teliti supaya pembangunan tidak terbatas kepada pihak-pihak tertentu sahaja. Ini kerana NEP yang dilancarkan pada 1971 menyebabkan ekonomi Malaysia mendatar, migrasi besar-besaran orang-orang yang berbakat dan sistem pendidikan bermasalah kerana tidak berlandaskan meritokrasi. NEP juga menyebabkan Pendapatan per kapita Malaysia jauh ketinggalan berbanding Negara lain seperti Korea Selatan, Taiwan, Singapura dan Hong Kong.

  Per Capita Income (US Dollar)  
  1971 1981 1991 2001 2008
Korea Selatan 302 1,648 7,119 10,243 19,505
Taiwan 4,859 8,077 14,426 17,040
Singapura 1,061 5,645 17,750 20,865 38,172
Hong Kong 1,107 6,015 15,353 24,695 31,887
Malaysia 406 1,805 3,099 3,701 7,000

 

Pertukaran wang asing juga jatuh.

Pertukaran Wang Asing (RM1)  
  Dulu Sekarang Jatuh
Hong Kong Dollar HK$3 HK$2 33%
Singapore Dollar S$1 S$0.43 57%
Taiwan Dollar T$16 T$9 44%

 

Ini jelas menunjukkan NEP telah menyebabkan kerugian kepada rakyat. NEP hanya membuat kroni UMNO lebih kaya tapi rakyat masih tetap miskin. Menurut Perdana Menteri kita, ini salah dalam ekonomi global baru. yang ingin bersaing di tahap antarabangsa memerlukan kebolehan, bakat dan kepakaran seluruh rakyatnya. Kerajaan kini hanya bergantung pada pendapatan dari hasil minyak dan komoditi untuk pengstrukturan ekonomi negara. Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura maju kerana mengamalkan polisi pasaran terbuka. Amalan pasaran terbuka dapat meningkatkan mutu kehidupan, pendidikan, jangkahayat dan nilai demokrasi. Kadar kemiskinan juga akan menurun. Pelancaran Model Economi Baru (NEM) boleh melonjakan Sabah ke tahap yang lebih baik. Keluaran Negara Kasar (GDP) Sabah ialah RM12,583 dan sekarang berada di tempat ke-13. GDP Sarawak ialah RM29,175 iaitu 2.5 kali ganda dari GDP Sabah dan berada di tempat ke-3. Jika pendapatan dari minyak sawit, minyak dan gas dimasukkan dalam GDP Sabah. Sabah telah kehilangan dayasaing. GDP Sabah sudah tentu lebih tinggi. Untuk sampai status negara maju, Sabah sendiri mesti mencapai GDP sebanyak RM57,135 iaitu dengan kadar pertumbuhan GDP mestilah melebihi 10% setahun. Kerajaan mestilah mengenal pasti NEM untuk Sabah supaya boleh mencapai negeri termaju. Tawaran boleh runding juga perlu dihapuskan dan amalan tawaran terbuka mestilah dipraktikkan. Tawaran boleh runding inilah menyebabkan rasuah berleluasa.

Majlis Perbandaran

Pembinaan jalan ke tapak pelupusan sampah di Merotai masih belum dimulakan walaupun telah diluluskan pada persidangan dewan yang lalu. Kontraktor Majlis Perbandaran Tawau (MPT) juga tidak memenuhi syarat-syarat kontrak. Contohnya, penggunaan jentera berat seperti kenderaan menyapu jalan atau mesin pengilap lantai tidak ditunaikan. Kerja-kerja pembersihan dan menyenggara parit, longkang dan taman-taman permainan tidak dilakukan dengan baik. Jika penswastaan  kerja-kerja MPT tidak dilakukan dengan baik. Saya harap MPT sendiri boleh mengambilalih semula kerja-kerja ini seperti yang dilakukan oleh DBKK.

PTI

Sejak penubuhan Malaysia pada 1963, populasi di Sarawak telah meningkat sebanyak satu kali ganda. Populasi di Semenanjung Malaysia juga meningkat sebanyak sekali ganda. Populasi Sabah pula, meningkat secara mendadak iaitu dari 450,000 orang pada tahun 1963 ke 3.28 juta orang pada tahun 2010 iaitu 5 kali ganda. Ini langsung tidak masuk akal. Kes mahkamah yang melibatkan pengundi hantu yang memiliki kad pengenalan pada pilihan raya 1999 memang wujud dan perlu siasatan lanjutan untuk mengesan dan menyelesaikan masalah PTI. Perbelanjaan RM35 juta untuk tujuan penyenggaraan PTI. Ratusan ribu warga asing yang memiliki kad pengenalan asli secara haram mengugat ketenteraman negara dan hak asasi warganegara terutamanya bumiputra. Ini amat tidak memuaskan hati ialah apabila the newly manufactured citizens dengan izin, diberi status bumiputera dengan begitu sahaja. Refugee yesterday, bumiputera today. Orang tengah yang membawa masuk PTI sememangnya perlu di beri hukuman berat.

Tanah

Syarikat-syarikat besar dari Semenanjung mengambilalih tanah di Sabah sebaliknya rakyat Sabah sendiri tidak mempunyai tanah malah ada yang dihalau dari tanah yang telah diusahakan sekian lama dan bukti seperti wujudnya tanah perkuburan, pokok buah-buahan dan tanaman-tanaman komersial. Peranan FELDA adalah untuk membangunkan tanah untuk penanam kelapa sawit. FELDA seharusnya membahagikan tanah yang sudah ditanam dengan kelapa sawit kepada rakyat Sabah yang tidak mempunyai tanah. Felda dan Felcra ialah menolong orang-orang kampung untuk membangun tanah. Baru-baru ini, satu memorandum mengenai isu tanah di Landau Ulu Merotai dan Landau Cenderamata telah dikemukakan kepada speaker Parlimen. Menurut Suhakam, terdapat sebanyak 29 kes yang membabitkan tanah dan hutan simpan di Sabah. 29 kes ini melibatkan ribuan orang-orang kampung yang kehilangan tanah, tempat tinggal dan pendapatan. Masalah ini harus dijadikan agenda utama kerajaan.

Kemiskinan

Sekali lagi ingin saya nyatakan di sini, Sabah sepatutnya menjadi sebuah negeri autonomi. Soal royalty perlulah dikaji semula supaya Sabah keluar dari masalah kemiskinan. Harap-harap, royalti minyak akan dinaikkan sebanyak 20%. Dengan pendapatan per capita sebanyak RM9,536.00, Sabah berada di bawah standard nasional. Peningkatan rakyat Sabah juga menyebabkan pendapatan per kapita lebih rendah dari negeri lain. Dulu, Sabah merupakan negeri terkaya. Kini, Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia.

Air

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih pada Menteri Pembangunan Infrastruktur kerana memberi kepastian dalam pembinaan empangan di Tawau di bawah RMK10. Saya harap kementerian boleh bagi satu pakej untuk menaiktaraf sistem paip air di Tawau dengan mengganti paip-paip lama, menyediakan lebih banyak tangki takungan air dan pam air yang baru sekaligus menyelesaikan masalah air di Tawau. Tangki takungan air (Reservoir) yang mempunyai kapasiti 20 juta liter di Jalan Sin Onn tidak boleh digunakan kerana tapak tangki telah retak. Oleh itu, tangki air yang baru dengan keupayaan 40 juta liter diperlukan untuk menampung penggunaan air di kawasan tersebut. Tangki takungan air di Jalan Sin San, Pasir Putih, Tawau telah siap tetapi tidak dapat digunakan dan sedang menunggu rancangan naik taraf logi rawatan air Cintamata dalam Rancangan Malaysia Ke (RMK) 10. Tangki air di Tinagat yang mempunyai kapasiti 5 juta liter dibina terlalu tinggi sehinggakan penggunaan pam juga tidak mendatangkan hasil. Tawau masih lagi mengalami tekanan air yang rendah. Kebanyakan bangunan di Bandar Tawau yang lebih dari tingkat 2 masih tidak dapat air sehingga hari ini.

Jalan

Dalam NEM Sabah pula, pembinaan Jalan 4 hala perlu untuk menghubungi bandar-bandar besar dan pekan-pekan untuk memperbaiki. Di semenanjung, kampung pun ada jalan 4 hala. Kemudahan asas sememangnya penting

Perdana Menteri Mesti ubah kualiti hidup perlu ditingkatkan, tawaran boleh runding dan NEP mesti dimansuhkan. Inilah sebab utama berlakunya rasuah. Menurut Auditor Journal Malaysia,  jumlah rasuah bernilai RM 100 Billion. Masalah tanah rakyat perlu dipercepatkan untuk meningkatkan hidup dan pendapatan rakyat.

Konsep 1 Malaysia, Malaysia untuk Bangsa Malaysia memang baik. Tapi, dalam kes LPPB pula sebaliknya. Konsep 1 Malaysia mesti dipraktikkan di seluruh Malaysia. Sabah merupakan contoh yang baik kerana berbilang kaum. Saya sokong Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Semua kaum mesti diberi peluang berdasarkan merit dan kebolehan.

Saya harap objektif-objektif pada Dasar oleh Yang Dipertua Negeri seperti mendapat pendapatan yg tinggi high Income for Sabahan dan peningkatan kualiti hidup yang tinggi dapat dicapaikan, tiada lagi masalah kemudahan asas seperti jalan tidak berturap atau tiada air atau  walaupun di kampung-kampung. Harap-harap angka dalam System Average Interuption Duration Index (SAIDI) iaitu lebih 2000minit di Sabah; Juga di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau dari lebih 5000minit turun ke paras 700minit seperti yang disasarkan atau 200minit ke bawah. Keselamatan dapat juga perlu perhatian.

Saya ingin baca petikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Borneo Post pada hari Ahad dengan tajuk, “I’m ready to make tough decision”. He said and I quote, “The recent years had witnessed widening disparities and growing polarisation among the different communities as the affirmative action, the new Economic Policy, was seen to have benefited a narrow groups of Malays”. “Not only this is wrong in the new global market, it is unsustainable. Any nation that seeks to compete internationally in the high wage knowledge sectors of the future must be realise the skills, talents and expertise of its entire people. 

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri mesti pastikan bahawa konsep 1 Malaysia dipraktikkan dalam lembaga-lembaga pengarah dalam agensi-agensi kerajaan,  perkhidmatan awam dan kerajaan persekutuan Sabah.

Saya harap kerajaan dapat memberi penjelasan bagaimana peruntukan sebanyak RM40 billion dibelanjkankan dalam projek-projek pembangunan rakyat dalam RMK 9.

Keris

Apakah yang cuba ditonjolkan dengan pembinaan keris besar di depan pintu masuk Dewan Undangan Negeri? Berapakah belanja untuk pembinaan keris besar ini?

Di sini, saya ingin mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada Datuk dan Timbalan Speaker, YAB Ketua Menteri yang saya sayangi serta kabinetnya, semua ADUN dan semua rakyat Sabah yang saya cintai. Sabah memerlukan Model Ekonomi Baru dengan segera. Saya sebagai ADUN N57 Sri Tanjong ingin melihat era perubahan dan memulihkan Sabah sebagai negeri yang terkaya sekali lagi di Malaysia. Saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.