jump to navigation

Pelancaran Borang Saman SESB August 24, 2009

Posted by wong jimmy in SESB.
trackback

launchPelancaran borang-borang untuk menyaman SESB kerana gagal menjalankan ‘TANGUNGJAWAB’ membekal letrik tanpa ganguan maxima telah disempurnakan semalam selepas semua yang hadir pada dialog “Mengapa kita mesti menyaman SESB” sebulat suara menyokong tindakan tersebut.

Penguna harus tahu yang ini adalah prinsip perniagaan (business principle) dan obligasi moral. Sesebuah syarikat mesti bertangungjawap kalau menyebabkan kerugian dan kerosakan. Ini minta maaf sedikit pun tidak ada. Ada banyak sebab kenapa SESB harus dibawa ke mahkamah dan salah satu ialah SESB adalah satu syarikat niaga yang mengambil keuntugan daripada pejualan letrik kepada penguna.

Sebagai contoh, di Cina tidak lama dulu apabila sebuah syarikat besar menjual dan mengedar susu tercemar. Banyak orang terutama kanak-kanak jatuh sakit kerana keracunan dan ada yang mati. Syarikat ini telah di heret ke mahkamah oleh kerajaan Cina sendiri setelah tekanan dari ornag ramai dan ibu bapa. Dan syarikat ini sekarang telah bankrup kerana membayar ganti rugi dan pemilik telah di hukum mati kerana menyebabkan kehilangan nyawa. Inilah prinsip niaga dan obligasi moral yang mesti di tanggung, tidak boleh lepas tangan begitu saja.

Kita sudah mengalami situasi ‘blackout’ ini sekian lama, lebih 20-tahun dan situasi bukan bertambah baik tetapi bertambah buruk. Semua janji, cuma janji saja. Cukuplah, sudah lebih daripada cukup penguna memberi peluang kepada SESB untuk memperbaiki keadaan.

Sudah sampai masa kita selesaikan masalah ini di mahkamah dan saya perlu sokongang yang padu daripada semua untuk mengisi borang dan menjadi plaintif. Ramai-ramai kita membawa SESB ke meja pengadilan. Di sana kita akan tahu sebab-sebab kenapa, mengapa Sabah boleh jadi begini, kenapa ia gagal. Mari sama-sama kita bangun dan jangan lagi berdiam diri dan mengharap janji-janji di akan tunaikan.point  Bila? Berapa lama lagi kita harus tunggu? Bagi saya cukup sudah masa diberikan. SESB telah GAGAL! Rakyat sensara, perniagaan rugi dan banyak lagi keluhan-keluhan. Kikiskan sikap TIDAK APA, BIASA LAH, masa sudah sampai untuk kita bersuara dan minta hak-hak asas kita sebagai rakyat.

Untuk makluman, pada Ogos 30, bangunan berdepan dengan SESB, Tawau, saya akan berada di sana untuk berpuasa dan memakai pakaian hitam sebagai tanda ‘silent protest’. Saya juga akan mengumpul borong-borang saman. Sesiapa yang hendak ikut saya menyaman SESB, sila datang dan mengisi borang. Sediakan satu fotostat Mykad dan bil SESB terkini. Kepada yang lalu di kawasan itu, sila bunyikan hon kereta sebagai tanda sokongan. Seperti slogan Perdana Menteri kita, Rakyat Di Dahulukan, Tindakan Sekarang.

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: