jump to navigation

Ucapan untuk DUN Ogos 2009 July 27, 2009

Posted by wong jimmy in speech, State Legislative Assembly.
trackback

ISU BEKALAN ELEKTRIK DAN AIR

Tuan Speaker,

Di sini saya mahu bawa satu isu penting yang saya harap akan diambil perhatian oleh kerajaan, iaitu pasal bekalan elektrik dan air di Tawau dan di Pantai Timur Sabah.

Sejak beberapa bulan lalu, kami rakyat betul-betul sakit hati dan sengsara kerana karan dan air balik-balik mati. Satu hari sampai dua tiga kali. Satu hari sampai tiga empat jam.

Ramai peniaga rugi. Budak-budak sekolah susah mahu belajar. Kehidupan rakyat  juga terganggu.

Saya tidak faham kenapa masalah kemudahan asas bekalan elektrik dan air ini terlampau susah mahu diselesaikan oleh kerajaan.

Dari dulu sampai sekarang tidak juga pandai selesai.

Kerajaan sibuk cakap pasal Sabah Development  Corridor.

Cakap pasal Palm Oil Industrial Cluster dan cakap pasal macam-macam pembangunan.

Peruntukan dibagi berbillion-billion ringgit setiap tahun.

Tapi bacis facilities karan dan air masih juga bermasalah. What are you talking about YAB Ketua Menteri?

Kalau beginilah yang berlaku, saya percaya itu SDC atau POIC tidak akan berjaya.

Siapa mahu melabur di Sabah kalau bekalan asas pun masih banyak masalah.

Oleh itu, saya harap kerajaan betul-betul kasihan rakyat dan ambil tindakan selesaikan perkara ini.

Saya juga mahu cadangkan sejumlah wang dari peruntukan RM 2.7 billion yang diberi kepada Sabah untuk pelbagai program pembangunan, digunakan untuk selesaikan masalah bekalan elektrik ini.

Ini kerana apa guna negeri kita dapat peruntukan yang dikatakan paling besar, kalau rakyat masih tertekan dengan masalah elektrik dan air.

Saya cadangkan kerajaan boleh gunakan RM 300 juta daripada peruntukan itu untuk beli generator set yang dapat bekalkan 100 megawatt bekalan elektrik dan diletakkan di beberapa tempat di Pantai Timur Sabah seperti di Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Dengan itu, masalah bekalan elektrik dapat diatasi.

Saya harap cadangan ini dapat dipertimbangkan demi kebaikan rakyat.

Tentang bekalan air pula, saya minta kerajaan supaya gantikan peralatan-peralatan seperti pam yang telah uzur di loji-loji air di Tawau.

Ini kerana kalau hujan turun lebat, penduduk Tawau bukan makin senang, malah makin tiada air sebab kerja-kerja mengepam air terpaksa dihentikan kerana pam air perlu dibersihkan dari sisa lumpur.

Selain itu, dam air juga perlu dibina di Tawau bagi atasi masalah bekalan air terputus.

Saya harap masalah yang saya bawakan ini akan diambil tindakan oleh menteri berkaitan dengan segera.

 

JEJAMBAT DAN PARKING WISMA PERSEKUTUAN

 

Saya juga ingin menarik perhatian Sidang Dewan tentang isu jejambat (over head bridge  – dengan izin) di Tawau.

Sekarang ini Tawau adalah satu-satunya bandar yang tidak ada kemudahan itu di Sabah.

Ketiadaan jejambat menyebabkan banyak kemalangan jalan raya berlaku ke atas golongan pejalan kaki.

Orang tua dan kanak-kanak yang lambat berjalan juga susah mahu lintas jalan.

Apa yang saya tahu, dulu Majlis Perbandaran Tawau pernah setuju untuk bina dua jejambat di kawasan Pasar Tanjung Tawau.

Sekarang sudah lebih 10 tahun, tetapi janji cuma tinggal janji.

Saya mahu YB Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan perjelaskan, adakah YB Menteri rasa jejambat tidak perlu di Tawau?

Kalau YB Menteri rasa perlu, kenapa masih belum buat?

Jika ada perancangan, saya harap YB Menteri dapat perjelaskan berapakah peruntukan yang sudah disediakan,  berapa banyak jejambat yang akan dibina dan bila akan dilaksanakan.

Saya juga mencadangkan, jika kerajaan mahu bina jejambat di Tawau, kalau boleh binalah yang cantik sikit.

Lagi bagus kalau di jejambat itu ada air-cond dan ada pula gerai-gerai untuk peniaga berjualan di atas.

Oh ya..! Pasal parking dekat Wisma Persekutuan Tawau, bila mau dilaksanakan? Saya minta YB Menteri bagi jawapan sebab inipun satu janji yang sudah lama diberi kepada rakyat Tawau.

 

LEVI KE PULAU SIPADAN DAN KOS GUNUNG KINABALU.

 

Tuan Speaker,

Perkara seterusnya pula ialah mengenai dua pusat pelancongan yang terindah di negeri kita iaitu Pulau Sipadan dan Gunung Kinabalu.

Sebagai rakyat Sabah, saya bersyukur kepada Tuhan kerana dikurniakan pulau dan gunung yang cukup indah ini.

Tapi saya kesal kerana rakyat Sabah dan pengunjung tempatan semakin lama semakin susah mahu melawat kedua-dua tempat pelancongan ini.

Kenapa? Sebab kos yang dikenakan terlampau mahal!

Untuk ke Pulau Sipadan, pengunjung tempatan (local tourist) pun mesti bayar levi RM 40.00 seorang.

Itu belum masuk kos-kos lain seperti pengangkutan dan sebagainya.

Jumlah orang pun tidak boleh banyak pegi itu pulau. Saya harap peraturan-peraturan ini tidak susahkan pengunjung tempatan terutamanya rakyat negeri kita sendiri.

Begitu juga untuk mendaki Gunung Kinabalu Tuan Speaker,

Rakyat Sabah yang mahu mendaki gunung sendiri pun terpaksa bayar beratus-ratus ringgit.

Kosnya naik lebih 500 peratus. Tolonglah kasihan rakyat kita. Mahu lawat tempat sendiri pun susah.

Saya minta YB Menteri Pelancongan ambil perhatian perkara ini.

Kalau pun mahu cari untung, janganlah sampai rakyat kita sendiri pun tidak boleh melancong.

Janganlah mahu kasi untung syarikat tertentu sahaja sampai rakyat susah.

Buka mata dan dengar keluhan rakyat.

Kalau ini terjadi, satu masa nanti orang kita pun tidak tahu sudah apa itu Pulau Sipadan dan Gunung Kinabalu.

 

MESIN SLOT

Seterusnya pasal Mesin Slot.

Di sini saya perlu penjelasan dari YAB Ketua Menteri selaku Menteri Kewangan tentang berapakah jumlah lesen yang dikeluarkan untuk premis dan kelab-kelab yang jalankan aktiviti mesin slot di negeri Sabah.

Saya dan seluruh rakyat juga mahu tahu, berapa pula jumlah cukai yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri dari premis-premis termasuk kelab-kelab dalam tempoh tiga tahun ini?

Ini kerana saya difahamkan yang kelab-kelab golf membayar lebih dari premis-premis lain iaitu 15 peratus cukai untuk Kerajaan Negeri dan 10 peratus cukai untuk Kerajaan Persekutuan.

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: