jump to navigation

Ucapan untuk DUN Ogos 2009 July 27, 2009

Posted by wong jimmy in speech, State Legislative Assembly.
add a comment

ISU BEKALAN ELEKTRIK DAN AIR

Tuan Speaker,

Di sini saya mahu bawa satu isu penting yang saya harap akan diambil perhatian oleh kerajaan, iaitu pasal bekalan elektrik dan air di Tawau dan di Pantai Timur Sabah.

Sejak beberapa bulan lalu, kami rakyat betul-betul sakit hati dan sengsara kerana karan dan air balik-balik mati. Satu hari sampai dua tiga kali. Satu hari sampai tiga empat jam.

Ramai peniaga rugi. Budak-budak sekolah susah mahu belajar. Kehidupan rakyat  juga terganggu.

Saya tidak faham kenapa masalah kemudahan asas bekalan elektrik dan air ini terlampau susah mahu diselesaikan oleh kerajaan.

Dari dulu sampai sekarang tidak juga pandai selesai.

Kerajaan sibuk cakap pasal Sabah Development  Corridor.

Cakap pasal Palm Oil Industrial Cluster dan cakap pasal macam-macam pembangunan.

Peruntukan dibagi berbillion-billion ringgit setiap tahun.

Tapi bacis facilities karan dan air masih juga bermasalah. What are you talking about YAB Ketua Menteri?

Kalau beginilah yang berlaku, saya percaya itu SDC atau POIC tidak akan berjaya.

Siapa mahu melabur di Sabah kalau bekalan asas pun masih banyak masalah.

Oleh itu, saya harap kerajaan betul-betul kasihan rakyat dan ambil tindakan selesaikan perkara ini.

Saya juga mahu cadangkan sejumlah wang dari peruntukan RM 2.7 billion yang diberi kepada Sabah untuk pelbagai program pembangunan, digunakan untuk selesaikan masalah bekalan elektrik ini.

Ini kerana apa guna negeri kita dapat peruntukan yang dikatakan paling besar, kalau rakyat masih tertekan dengan masalah elektrik dan air.

Saya cadangkan kerajaan boleh gunakan RM 300 juta daripada peruntukan itu untuk beli generator set yang dapat bekalkan 100 megawatt bekalan elektrik dan diletakkan di beberapa tempat di Pantai Timur Sabah seperti di Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Dengan itu, masalah bekalan elektrik dapat diatasi.

Saya harap cadangan ini dapat dipertimbangkan demi kebaikan rakyat.

Tentang bekalan air pula, saya minta kerajaan supaya gantikan peralatan-peralatan seperti pam yang telah uzur di loji-loji air di Tawau.

Ini kerana kalau hujan turun lebat, penduduk Tawau bukan makin senang, malah makin tiada air sebab kerja-kerja mengepam air terpaksa dihentikan kerana pam air perlu dibersihkan dari sisa lumpur.

Selain itu, dam air juga perlu dibina di Tawau bagi atasi masalah bekalan air terputus.

Saya harap masalah yang saya bawakan ini akan diambil tindakan oleh menteri berkaitan dengan segera.

 

JEJAMBAT DAN PARKING WISMA PERSEKUTUAN

 

Saya juga ingin menarik perhatian Sidang Dewan tentang isu jejambat (over head bridge  – dengan izin) di Tawau.

Sekarang ini Tawau adalah satu-satunya bandar yang tidak ada kemudahan itu di Sabah.

Ketiadaan jejambat menyebabkan banyak kemalangan jalan raya berlaku ke atas golongan pejalan kaki.

Orang tua dan kanak-kanak yang lambat berjalan juga susah mahu lintas jalan.

Apa yang saya tahu, dulu Majlis Perbandaran Tawau pernah setuju untuk bina dua jejambat di kawasan Pasar Tanjung Tawau.

Sekarang sudah lebih 10 tahun, tetapi janji cuma tinggal janji.

Saya mahu YB Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan perjelaskan, adakah YB Menteri rasa jejambat tidak perlu di Tawau?

Kalau YB Menteri rasa perlu, kenapa masih belum buat?

Jika ada perancangan, saya harap YB Menteri dapat perjelaskan berapakah peruntukan yang sudah disediakan,  berapa banyak jejambat yang akan dibina dan bila akan dilaksanakan.

Saya juga mencadangkan, jika kerajaan mahu bina jejambat di Tawau, kalau boleh binalah yang cantik sikit.

Lagi bagus kalau di jejambat itu ada air-cond dan ada pula gerai-gerai untuk peniaga berjualan di atas.

Oh ya..! Pasal parking dekat Wisma Persekutuan Tawau, bila mau dilaksanakan? Saya minta YB Menteri bagi jawapan sebab inipun satu janji yang sudah lama diberi kepada rakyat Tawau.

 

LEVI KE PULAU SIPADAN DAN KOS GUNUNG KINABALU.

 

Tuan Speaker,

Perkara seterusnya pula ialah mengenai dua pusat pelancongan yang terindah di negeri kita iaitu Pulau Sipadan dan Gunung Kinabalu.

Sebagai rakyat Sabah, saya bersyukur kepada Tuhan kerana dikurniakan pulau dan gunung yang cukup indah ini.

Tapi saya kesal kerana rakyat Sabah dan pengunjung tempatan semakin lama semakin susah mahu melawat kedua-dua tempat pelancongan ini.

Kenapa? Sebab kos yang dikenakan terlampau mahal!

Untuk ke Pulau Sipadan, pengunjung tempatan (local tourist) pun mesti bayar levi RM 40.00 seorang.

Itu belum masuk kos-kos lain seperti pengangkutan dan sebagainya.

Jumlah orang pun tidak boleh banyak pegi itu pulau. Saya harap peraturan-peraturan ini tidak susahkan pengunjung tempatan terutamanya rakyat negeri kita sendiri.

Begitu juga untuk mendaki Gunung Kinabalu Tuan Speaker,

Rakyat Sabah yang mahu mendaki gunung sendiri pun terpaksa bayar beratus-ratus ringgit.

Kosnya naik lebih 500 peratus. Tolonglah kasihan rakyat kita. Mahu lawat tempat sendiri pun susah.

Saya minta YB Menteri Pelancongan ambil perhatian perkara ini.

Kalau pun mahu cari untung, janganlah sampai rakyat kita sendiri pun tidak boleh melancong.

Janganlah mahu kasi untung syarikat tertentu sahaja sampai rakyat susah.

Buka mata dan dengar keluhan rakyat.

Kalau ini terjadi, satu masa nanti orang kita pun tidak tahu sudah apa itu Pulau Sipadan dan Gunung Kinabalu.

 

MESIN SLOT

Seterusnya pasal Mesin Slot.

Di sini saya perlu penjelasan dari YAB Ketua Menteri selaku Menteri Kewangan tentang berapakah jumlah lesen yang dikeluarkan untuk premis dan kelab-kelab yang jalankan aktiviti mesin slot di negeri Sabah.

Saya dan seluruh rakyat juga mahu tahu, berapa pula jumlah cukai yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri dari premis-premis termasuk kelab-kelab dalam tempoh tiga tahun ini?

Ini kerana saya difahamkan yang kelab-kelab golf membayar lebih dari premis-premis lain iaitu 15 peratus cukai untuk Kerajaan Negeri dan 10 peratus cukai untuk Kerajaan Persekutuan.

Pertanyaan untuk DUN Ogos July 16, 2009

Posted by wong jimmy in State Legislative Assembly.
add a comment

Notis Pertanyaan YB Jimmy Wong Sze Phin (ADUN N.57 Sri Tanjung) pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua, Persidangan DUN Sabah Ke-13 di Kota Kinabalu, Sabah – Ogos 2009.

 

1)                  Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

 

Caj levi ke Pulau Sipadan sebanyak RM40.00 serta yuran ratusan ringgit untuk mendaki Gunung Kinabalu amat membebankan pengunjung tempatan. Apakah penjelasan kerajan dalam hal ini kerana kedua-dua kos berkenaan bernar-benar membebankan mereka.

                                                                                                                                                (37 patah perkataan)

2)                  Menteri Pembangunan Infrastruktur.

 

Apakah perkembangan terkini projek pembinaan dam air di atas tapak seluas kira-kira 600 ekar di Gudang Empat Tawau, seperti yang telah diwartakan? Mengapakah setakat ini dam tersebut masih belum dibina?

                                                                                                                                                (30 patah perkataan)

 

3)                  Menteri Pembangunan Infrastruktur.

 

Apabila hujan lebat atau banjir berlaku, pam-pam air di loji-loji di Tawau terpaksa dibersihkan dari sisa lumpur, yang secara tidak langsung menyebabkan penduduk menghadapi masalah gangguan bekalan air. Justeru, apakah tindakan konkrit yang diambil untuk menyelesaikan masalah ini? 

                                                                                                                                                (38 patah perkataan)

 

 

4)                  Menteri Pembangunan Infrastruktur.

 

Jabatan Air mengenakan yuran penyambungan sebanyak RM50 kepada pengguna yang ingin menyambung bekalan air mereka yang telah dipotong. Mengapakah perlu adanya yuran tersebut sedangkan pihak SESB tidak pula mengenakan bayaran untuk tujuan penyambungan. Bolehkah yuran itu dihapuskan?

                                                                                                                                                (37 patah perkataan)

 

 

5)                  Menteri Pembangunan Infrastruktur.

 

Mengapakah perjanjian dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih diteruskan sedangkan prestasi TNB tidak memuaskan hati masyarakat ekoran gangguan bekalan elektrik yang kerap berlaku? Apakah tindakan kerajaan terhadap tanggungjawab TNB dalam hal ini?

                                                                                                                                                (33 patah perkataan)

 

 

6)                  Menteri Pembangunan Infrastruktur.

 

Apakah perkembangan projek pembinaan Loji Janakuasa Elektrik Kimanis yang boleh membekalkan bekalan elektrik 300MW setakat ini?

                                                                                                                                                (16 patah perkataan)

 

 

7)                  Menteri Belia dan Sukan.

 

Bilakah Projek Fasa II Kompleks Sukan Tawau akan dimulakan? Apakah peruntukan untuk projek tersebut sudah tersedia dan jika belum, apakah pula tindakan yang bakal diambil untuk  memastikan pembinaan projek Fasa II itu dapat dilaksanakan?

                                                                                                                                                (34 patah perkataan)

 

8)                  Menteri Pembangunan Infrastuktur.

 

Bilakah Projek Fasa Kedua Jalan Sin On yang telah diluluskan sejak RMK-7 dapat dimulakan? Apakah punca atau penyebab projek itu tergendala hingga setakat ini?

                                                                                                                                                (24 patah perkataan)

 

 

9)                  Menteri Pembangunan Infrastruktur.

 

Bilakah Projek Fasa Kedua yang menghubungkan Jalan Chong Thien Vun Tawau dengan Jalan Kabota Tawau akan dimulakan?

                                                                                                                                                (17 patah perkataan)

 

 

10)               Menteri Penbagunan Infrastruktur.

 

Apakah langkah-langkah di bawah Projek Penebatan Banjir (Flood Mitigation Projects) yang akan diambil kerajaan bagi mengatasi masalah banjir dan banjir kilat di daerah Tawau ? Bilakah langkah-langkah tersebut akan mula dilaksanakan?

                                                                                                                                                (31 patah perkataan)

 

 

11)               Menteri Berkaitan.

 

Pernahkah kerajaan mengeluarkan lesen melombong batu karang kepada mana-mana syarikat di negeri ini ? Apakah pula penjelasan atau reaksi kerajaan terhadap pendedahan aktiviti melombong batu karang di Balung Tawau seperti yang tersiar media-media massa sebelum ini?

                                                                                                                                                (36 patah perkataan)

12)               Menteri Berkaitan.

 

Mengapakah bot-bot pam (pump boats) dilihat masih bebas beroperasi di perairan Semporna, sedangkan penggunaan bot jenis itu sebelum ini sudahpun diharamkan? Ini kerana penggunaan bot jenis itu didakwa menjadi antara penyebab berlakunya aktiviti pengeboman ikan.

                                                                                                                                                (35 patah perkataan)

 

 

13)               Menteri Pembangunan Infrastruktur.

 

Mengapakah kerajaan tidak membina jejambat di sekitar Perbandaran Tawau, sebagai kemudahan untuk pejalan kaki melintas jalan? Apakah ada perancangan untuk membina kemudahan itu pada masa akan datang dan di manakah lokasinya?

                                                                                                                                                (31 patah perkataan)

 

 

14)               Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

 

Mengapakah tapak letak kereta di kawasan berdekatan dengan Wisma Persekutuan Tawau masih belum dilaksanakan sedangkan ia sudah diluluskan?

                                                                                                                                                (18 patah perkataan)

 

 

15)               Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

 

Caj levi ke Pulau Sipadan sebanyak RM40.00 serta yuran ratusan ringgit untuk mendaki Gunung Kinabalu amat membebankan pengunjung tempatan. Apakah penjelasan kerajan dalam hal ini kerana kedua-dua kos berkenaan bernar-benar membebankan mereka.

                                                                                                                                                (37 patah perkataan)

 

 

16)               Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna.

 

Berapa ramaikah penduduk berkelayakan dari kawasan Dun N.57 Sri Tanjung yang telah menerima bantuan dari agensi-agensi di bawah kementerian ini dan berapakah pula jumlah penduduk miskin yang direkodkan oleh pihak kementerian setakat ini?

                                                                                                                                                (33 patah perkataan)

17) Menteri Berkenaan

 

Hospital Tawau kekurangan tempat letak kereta. Apakah status tanah JKR yang bersebelahan kamar mayat dan bolehkah tanah itu diberi kepada hospital untuk dibina kawasan letak kereta?

 

                                                                                                                                     (25 patah perkataan)