jump to navigation

SLA speech April 21, 2009 May 21, 2009

Posted by wong jimmy in speech, State Legislative Assembly.
add a comment

PEMBUKAAN

Terima kasih Tuan Speaker,

Selamat Pagi dan Salam Sejahtera,

Nampaknya kita sudah berada pada Penggal Kedua di Persidangan DUN Sabah Yang Ke-13, yang berlangsung pada bulan ini.

Seperti biasa, saya akan bawa isu-isu rakyat yang penting di dalam dewan ini dan saya harap, barisan pemimpin Kerajaan Negeri terutamanya YAB Ketua Menteri akan ambil perhatian apa yang katakan di dalam dewan ini.

Ini kerana sepanjang tahun lalu banyak masalah rakyat sudah dibawa oleh banyak wakil rakyat, tapi saya tahu tidak banyak yang sudah selesai.

Saya rasa tidak perlu saya cakap apa isu yang tidak selesai, tapi kalau mahu tahu, tanyalah Ahli-Ahli Dewan lain di sini sama ada apa masalah rakyat yang mereka suarakan pada Penggal Pertama tahun lalu sudah semuanya selesai atau tidak.

Oh ya ! Satu perkara lagi, Perdana Menteri kita sekarang ini sudah pun tukar orang dan Kabinet Persekutuan pun sudah dibentuk.

Saya rasa rakyat sudah nampak satu perubahan dan harap-harap Perdana Menteri dan semua ahli-ahli Kabinet Persekutuan ini rajinlah dan kerja betul-betul untuk rakyat…

Tapi untuk Sabah, kita masih ada lagi Ketua Menteri yang sama.

Saya rasa YAB Ketua Menteri kita ini masih boleh diharaplah dan saya pun bukan mahu ini Ketua Menteri kena tukar.

Saya cuma harap, YAB Ketua Menteri kita dapat kerja lebih rajin.

Ini kerana kalau tidak rajin, rakyat susah… Betul ka YAB Ketua Menteri? Kerja kuat-kuat sikit la ya… Kasi senang rakyat…

KalaU tidak, rakyat mungkin marah dan mintak YAB Ketua Menteri pun kena tukar nanti…

Tuan Speaker,

Sekarang saya akan mula menyentuh beberapa usul saya di dalam dewan ini. Yang Pertama ialah….

BERAS NASIONAL

Sekarang saya mau cakap pasal beras subsidi.

Kerajaan kita nampaknya begitu prihatin kerana menyediakan beras subsidi 15 ST untuk rakyat di negara ini.

Menurut kenyataan kerajaan, subsidi tersebut diberikan agar rakyat dapat mengurangkan belanja isi rumah mereka.

Saya sendiri percaya, pemberian subsidi itu adalah sesuatu yang amat bagus kerana rakyat miskin di kawasan luar bandar, sudah pasti akan mendapat manfaatnya.

Tapi Tuan Speaker,

Di Negeri Sabah, dari Tawau sampai Kudat, nampaknya ramai rakyat kempunan lah kalau mau makan Beras Subsidi 15 ST itu.

Kalau dapat beli pun, mungkin satu atau dua kampit dalam sebulan atau dua bulan.

Akhirnya, mereka terpaksa beli beras yang harganya RM 25 ke atas, sebab kalau tidak mereka satu keluarga mungkin akan mati kebuluran.

Saya bawakan perkara ini Tuan Speaker kerana di Tawau beras subsidi terlampau susah mahu dicari di kedai-kedai atau pasaraya-pasaraya.

Jangankan di kawasan luar bandar, di kawasan bandar pun tidak ada. Saya tidak tahu kenapa itu boleh berlaku.

Ada yang cakap beras-beras subsidi 15 peratus di re-packing oleh pengedar dan mungkin juga pekedai-pekedai untuk dijual dengan harga yang mahal dan ada juga yang cakap, beras-beras itu diseludup keluar ke kawasan negara jiran Indonesia.

Isu ini sebenarnya Tuan Speaker bukanlah satu isu yang baru.

Sekarang saya mahu tanya semua YB di dalam dewan ini, ada yang senang dapat beras subsidi ka? Kalau ada di mana?

Tapi saya rasa kamu tidak makan itu beras bah kan sebab banyak YB-YB di sini yang kaya-kaya.

Buat apa mahu susah-susah cari beras murah 15 peratus Super Tempatan kalau duit boleh beli beras lain kan.

Tapi ingat ! Ramai rakyat miskin di luar sana yang perlukan beras tersebut.

Oleh yang demikian, saya di dalam dewan ini ingin meminta penjelasan daripada pihak kerajaan tentang mengapakah beras-beras subsidi 15 percent ST susah mahu dibeli oleh rakyat?

Apakah berlaku penyelewengan tentang hal ini atau bagaimana?

Saya juga mintak supaya satu langkah diambil agar beras-beras subsidi yang dijual dapat dirasai oleh orang-orang miskin di negeri kita.

Ini kerana saya dengar ramai tauke-tauke restoran yang suka beli beras subsidi banyak-banyak untuk operasi perniagaan mereka.

Pada saya perkara itu harus dibendung kerana tauke-tauke restoran mendapat untung dari pelanggan mereka.

Oleh itu, adalah lebih patut jika beras subsidi 15 peratus hancur itu hanya untuk kegunaan isi rumah rakyat biasa yang tidak mencari untung dengan apa cara pun dari subsidi yang diberi oleh kerajan.

Saya menggesa kerajaan supaya menyelesaikan masalah berkenaan dengan segera kerana kalau kerajaan tidak bertindak, rakyat yang akan menanggung bebannya !

Dengan hati yang benci tapi rindu, di sini saya bacakan dua rangkap pantun pasal beras ini…

Periuk Di Rumah Tidak Berisi,

Yang Ada Pula Hanyalah Ragi,

Anak Menangis Nak Makan Nasi,

Kasihan Si Miskin Berlapar Lagi.

 

Kerajaan Beri Beras Subsidi,

Tetapi Ia Sukar Dicari,

Mengapa Ini Boleh Terjadi?

Adakah Sekadar Nak Sedapkan Hati?

Tolong jawab ya Menteri Yang Berkaitan….

JALAN ULU BALUNG, JALAN KALUMPANG A & B,  JALAN SIN ON TIKU.

 

Sepanjang beberapa bulan lalu, saya banyak terima aduan daripada para pekebun kecil di beberapa kawasan di Tawau, mengenai jalan rosak di kawasan mereka.

Antaranya ialah jalan menuju ke kawasan Ulu Balung dan jalan di Kalumpang A dan B yang sudah rosak lebih 10 tahun.

Di Ulu Kalumpang ada lebih 500 pekebun kecil yang berkebun di tanah seluas kira-kira 7,000 ekar.

Dulu pekebun kecil di sana cakap, jalan itu pernah juga dikasi bagus, tapi lepas itu sudah tidak ada lagi.

Sekarang ini, pekebun kecil di kawasan itu ramai yang sudah tidak dapat pergi ke kebun mereka walaupun pakai 4WD.

Sebabnya jalan itu berlumpur dan kalau musim hujan, 4WD mereka boleh sangkut terutama waktu mereka pergi angkat buah.

Bila itu berlaku, setiap bulan mereka terpaksa menanggung kerosakan kenderaan mereka.

Malah mereka juga keluarkan duit sendiri untuk baiki jalan berkenaan.

Oleh itu Tuan Speaker,

Saya minta kerajaan supaya ambil tindakan membaiki jalan-jalan yang saya sebutkan tadi.

Kerajaan tidak sepatutnya membiarkan para pekebun kecil berkenaan terus berdepan dengan masalah jalan ke kebun mereka kerana mereka juga adalah pembayar cukai di negeri dan negara ini.

Malah untuk tanaman sawit, mereka juga terpaksa bayar cukai jualan (sales tax) sebanyak 7.5 peratus kepada Kerajaan Negeri.

Saya harap kerajaan terutamanya menteri berkaitan dapat ambil serius apa yang saya cakap ini dan jangan buat pura-pura tidak tahu.

Saya mahu masalah jalan para pekebun kecil berkenaan diselesaikan secepat mungkin.

Kalau tiada apa-apa langkah dibuat untuk selesaikannya, itu maknanya Kerajaan Barisan Nasional memang pandai cakap saja mau bela nasib rakyat, tapi tidak pandai buat kerja.

Saya juga mintak sales tax 7.5 percent yang pekebun kecil terpaksa bayar dihapuskan.

Tolonglah kasihan pekebun-pekebun kecil di kawasan-kawasan tersebut.

Mereka sudah lama susah dan kerajaan juga sudah lama membiarkan mereka.

YB Balung, tolong kejar perkara ini dan bantu mereka.

YB sudah lama duduk di kerusi Balung tapi nampaknya masalah jalan di sana tidak selesai?

Kenapa ini berlaku? YB ada turun dan buat kerja jugak ka? Kalau tidak ada, buat apa duduk situ.

Bagus letak jawatan !

Selain jalan-jalan tadi, saya juga mahu sentuh pasal Jalan Sin On Tiku, yang terletak di kawasan saya.

Jalan itu juga sudah 10 tahun lebih rosak dan ada tanah runtuh.

Saya pun hairan ini kerajaan.

Jalan rosak dia tidak buat, tapi jalan bagus pula dia kasi lagi bagus.

Contohnya Jalan Belunu dan Jalan Kuhara di Tawau.

Rakyat Tawau hairan kerana jalan itu tidak rosak tapi diaspal sekali lagi.

Saya mahu Menteri Infrastruktur ambil perhatian dan baiki segera Jalan Sin On Tiku.

Apa guna letak tanda awas saja di situ?

Ini kali banyak masalah tentang Kementerian Infastruktur.

Saya harap Menteri ini kerja baik-baik dan jangan sampai rakyat marah.

Rakyat bayar cukai dan itu maksudnya rakyat adalah bos… Saya harap YB Menteri faham yaaa….

PENUTUP

 

Tuan Speaker, Saya harap kerajaan akan ambil tindakan yang sepatutnya mengenai masalah-masalah yang saya bawa tadi.

Kita mahu lihat masalah rakyat selesai. Tapi kalau ada yang lebih suka masalahnya selesai dulu daripada masalah rakyat, saya harap mereka yang ada niat begitu meletak jawatan sebagai ADUN.

Mereka ini tidak layak untuk duduk di dalam Persidangan Dewan ini.

Ucapan dasar kerajaan tidak ada menyentuh langsung tentang langkah jangka pendek and tindakan langkah jangka panjang ekoran penutupan bangunan Hospital Queen Elizabeth. Kami ada menerima banyak aduan tentang masalah-masalah yang dihadapi seperti keadaaan huru –hara tidak kira bagi pihak pekerja seperti doctor-doktor dan juga para pesakit. Memandangkan pihak kerajaan akan terus memperkasa perkhidmatan awam melalui transformasi serta pembaharuaan pentadbiran untuk menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, maka keadaan hospital Queen Elizabeth haruslah di beri priority supaya rakyat tidak susah dan sengsara.

Saya juga berharap projek-projek tersebut dapat di masukkan sebagai projek kritikal memandangkan ia telah pun di rancang sejak RMK7:-

Satu lagi perkara mengenai ICT, memandangkan kerajaan persekutuaan melalui pelbagai agensi akan terus melaksanakan projek-projek infrastruktur ICT di Sabah, saya ingin tahu bilakah Sabah akan mencapai tahap free internet atau free wifi seperti di negeri Penang?

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, ingin saya disini mengambil kesempatan untuk mengucapkan Kotobian Tadau Kaamatan kepada semua rakyat suku kaum Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus dan rakyat Sabah.

Akhir kata, setakat ini ucapan saya. Saya menyokong.

Sekian dan terima kasih.

Advertisements