jump to navigation

Collect uncollected garbage April 13, 2009

Posted by wong jimmy in Garbage.
Tags: ,
2 comments

fajarfajar1

What’s happening?                                                Bottles not collected?

 

 

I was unhappy when I personally went to check complaints on uncollected garbage at two places in Fajar Complex.

 

I call on the Tawau Municipal Council (TMC) to check whether the garbage were collected as judging from the looks of the garbage, it has not been collected for sometime.

 

I am very disappointed to see this happening right in the middle of Tawau, it is very shameful, what will people think about Tawau if they come across this pile of garbage?

 

I also question about the uncollected bottles as it is evident bottles were not collected by the garbage collectors.

 

What is the category of used bottles? Isn’t thing that is thrown and unwanted is defined as garbage? If the garbage collectors don’t collect these bottles, who will?

 

I hope TMC would call all those involved in the garbage collection for a meeting including all the assemblymen and Members of Parliament to solve the problem once and for all.

 

 

 

 

 

  

Jawapan soalan pembalakan/Maliau Basin April 5, 2009

Posted by wong jimmy in Timber.
Tags: , ,
add a comment

Jawapan Lisan Oleh Y.A.B Datuk Seri Panglima Ketua Menteri Di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah

Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama

Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-13

Khamis, 20 November 2008

 

Soalan 35 

Y.B Tuan Jimmy Wong Sze Phin [Sri Tanjong] bertanya kepada KETUA MENTERI, adakah kerajaan mengeluarkan lesen pembalakan di kawasan “buffer zone” di Maliau Basin.

Tuan Speaker,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Sri Tanjong, Hutan Simpan Maliau Basin mempunyai pelan pengurusan yang mengandungi peruntukan (provision) pengujudan dua buffere znoe (1) dan (2) di kawasan tersebut. Pelan pengurusan ini berkuatkuasa dari tahun 2003 hingga tahun 2012.

Di kedua-dua buffer zone terdapat kawasan-kawasan yang telah dilesenkan untuk pembalakan kepada Yayasan Sabah sejak tahun 1970an lagi. Sebelum pengujudan buffer zone ini terdapat juga beberapa lesen pembalakan yang telah dikeluarkan di kawasan tersebut.

Pembalakan dalam kawasan buffer zone adalah tidak dilarang (not prohibited), namun begitu kawasan-kawasan ini tidak boleh ditukar status kepada kawasan Industrial Tree Plantation (ITP). Kawasan pembalakan dalam kawasan buffer zones ini adalah hanya untuk diurus di bawah sistem Natural Forest Management (NFM).

Sekian

Jawapan Soalan 20 mengenai geran tanah April 5, 2009

Posted by wong jimmy in Land.
Tags: , ,
add a comment

Untuk makluman jawapan kepada soalan saya ini baru saya terima minggu lalu

 

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah 17 – 20 November 2008

 

Soalan 20

 

Y.B Tuan Jimmy Wong Sze Phin [Sri Tanjong] bertanya kepada KETUA MENTERI, kenapakah Jabatan Tanah dan Ukur sekarang mengambil masa yang lebih panjang sehingga empat (4) bulan untuk mengesahkan grant tanah untuk pinjaman bank sedangkan dahulu cuma perlu satu minggu.

 

Jawapan:

 

Tuan Speaker,

 

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Kawasan N.57 Sri Tanjong bahawa pengesahan pendaftaran transaksi yang melibatkan cagaran di atas geran tanah adalah dikendalikan oleh Bahagian Pusat Pendaftaran Tanah (Central Land Registry) di Kota Kinabalu terutamanya jika ia melibatkan geran-geran CL, PL, TL atau ST. Permohonan untuk Sijil Penyiasatan Geran Tanah Rasmi (Official Land Title Search Certificate) diminta oleh pihak peguam/firma guaman bagi pihak institusi kewangan yang berkenaan, dikemukakan kepada Bahagian Pusat Pendaftaran Tanah pada masa mereka menyampaikan geran tanah serta dokumen cagaran (charge) untuk pendaftaran bersama-sama dengan permintaan untuk Sijil Penyiasatan Geran Tanah. Dalam pada itu, pihak peguam/firma guaman sepatutnya tidak mengemukakan permintaan untuk mendapatkan Sijil Penyiasatan Geran Tanah sehingga cagaran berkenaan selessai didaftarkan. Bahagian Pusat Pendaftaran Tanah tidaklah dapat mengeluarkan Sijil Penyiasatan Geran Tanah yang diperlukan sehingga pendaftaran cagaran telah selesai. Untuk kes-kes tersebut di atas, permohonan untuk Sijil Penyiasatan Geran Tanah adalah proses serentak dengan pemprosesan untuk pendaftaran “Memorandum of Charge” dan akan dikeluarkan apabila pendaftaran selesai. Pada kebiasaannya, masa yang diambil ialah diantara 8 hingga 10 minggu daripada masa dokumen-dokumen dan permohonan pengesahan diterima sehingga dokumen-dokumen didaftarkan dan Sijil Penyiasatan Geran Tanah dikeluarkan.

 

Akibatnya daripada peningkatan pembangunan di seluruh Negeri, khasnya 5 tahun terakhir ini, di mana pihak para pemaju telah bermula menjual lot-lot rumah/kedai yang sedang dibina kepada para pembeli atau bakal pemilik, kebanyakan penjualan dan pinjaman dikendalikan dengan tanpa geran-geran individu bagi lot-lot yang dijual, tetapi perjanjian jual beli dan permohonan pinjaman bank terikat kepada geran asal ataupun “Master Title”. Ini bereti, jika seorang pemaju projek perumahan hendak menjual 500 lot rumah kepada para pembeli/bakal pemilik rumah yang meminjam daripada pihak bank yang berlainan, semua 500 institusi pemberi pinjaman/bank yang berkenaan akan mengemukakan Kaveat masing-masing melalui pihak peguam mereka untuk didaftarkan di atas “Master Title” yang berkenaan sebelum mereka dapat memulakan pengeluaran wang pinjaman secara berperingkat. Kebanyakan bank yang berkenaan memerlukan Sijil Penyiasatan Geran Tanah tentang status Kaveat mereka di atas “Master Title”. Masalah yang dihadapi bagi semua pihak ialah dokumen geran hanya satu sahaja, tetapi dokumen Kaveat yang diterima dari semasa ke semasa (selepas penjualan) tidaklah dapat diproses sementara waktu kerana “Master Title” yang berkenaan masih digunakan untuk pemprosesan pendaftaran Kaveat-kaveat sejenis, yang telah diterima lebih awal lagi. Bahagian Pusat Pendaftaran Tanah tidak menafikan bahawa dalam keadaan ekstrim, masa yang diambil untuk pendaftaran Kaveat/pengeluaran Sijil Penyiasatan Geran tanah bagi pengesahan pendaftaran Kaveat, telah mengambil masa sampai 4 bulan bermula daripada masa penyampaian Kaveat kepada “Master Title” oleh pihak firma guaman. Pada masa ini Bahagian Pusat Pendaftaran Tanah mempunyai lebih kurang 150 “Master Title” yang aktif yang sentiasa dalam tindakan seperti tersebut di atas. Geran-geran ini termasuklah “Master Title” kepada geran-geran subsidiary bagi bangunan tinggi yang bertingkat.

 

Untuk makluman Dewan yang mulia, sejak 5 tahun kebalakang ini, permohonan untuk mendapatkan Sijil Penyiasatan Geran tanah telah meningkat lebih 20% dan secara purata Bahagian Pusat Pendaftaran Tanah menerima lebih kurang 10,000 permohonan pada setiap tahun. Pendaftran urusniaga tanah, termasuk pengeluaran Sijil-Sijil Penyiasatan Geran Tanah dikendalikan oleh kakitangan Bahagian Pusat Pendaftaran Tanah yang mahir dalam hal-hal urusniaga tanah. Tugas-tugas yang dikendalikan tersebut amatlah mencabar kerana sebarang kesilapan yang tidak sengaja, (i.e satu Sijil Penyiasatan Geran tanah yang disediakan dengan makluman yang salah dan disahkan oleh Pendaftar Tanah) boleh mengakibat transaksi tanah yang dilaksanakan berdasarkannya oleh pihak berkenaan, yang mana kemudiannya membawa kerugian besar kepada kerajaan dalam kes-kes yang dibawa ke Mahkamah. Di samping itu, kakitangan Bahagian Pusat Pendaftaran Tanah juga diamanahkan dengan tanggungjawab menjaga ketulenan dokuman-dokuman yang diterima untuk pendaftaran. Berhubung dengan perkara ini, sekumpulan kakitangan yang berpengalaman dengan urusniaga tanah telah bersara pada beberapa tahun ini dan pesaraan mereka telah mewujudkan satu kekosongan dalam satu jenis kemahiran yang diperolehi melalui pengalaman, dan yang sangat diperlukan oleh Bahagian Pusat Pendaftran Tanah.

 

Jabatan Tanah dan Ukur sedar akan isu/permasalahan tersebut yang dihadapi oleh Bahagian Pusat Pendaftaran Tanah.Dalam usaha untuk menangani isu/permasalahan tersebut, Jabatan Tanah dan Ukur sedang mengambil tindakan untuk melantik semula beberapa kakitangan yang bersara sebagai pendekatan masa jangka pendek. Kakitangan Bahagian Pusat Pendaftaran Tanah telah juga dibenarkan bekerja lebih masa supaya pendaftaran urusniaga tanah dan penyediaan Sijil Penyiasatan Geran Tanah dapat diproses dengan lebih cepat. Sementara itu, pengstrukturan semula kakitangan Jabatan Tanah dan Ukur sedang dijalankan sebagai rancangan masa jangka panjang untuk memperbaiki system penyampaian Jabatan. Dalam pada itu, pada tahun ini Jabatan Tanah dan Ukur telah menubuhkan satu Jawatankuasa Bersama Dengan Persatuan Undang-Undang Sabah, dengan tujuan untuk memperbaiki proses pendaftaran dan juga untuk mebina system “e-Pendaftaran Tanah” dan “e-Search” bagi negeri Sabah.

 

Sekian