jump to navigation

Malam Perpaduan March 18, 2009

Posted by wong jimmy in Uncategorized.
Tags:
trackback

unitynight12

Baru-baru ini Pakatan Rakyat telah merayakan Majlis Ulang Tahun Pertama Kepimpinan Pakatan Rakyat di Sri Tanjong.

Sedar tidak sedar, pada 30 Mac, genap satu tahun saya bergelar ADUN di kawasan ini.

Ingin saya terangkan,  saya bukanlah wakil Parti DAP sahaja, tetapi juga sebenarnya wakil semua Parti Komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti DAP, PAS dan KEADILAN di Sabah.

Kini kita sedang bersama-sama memperjuangkan Misi Reformasi yang bukan untuk kepentingan diri kita, tetapi adalah untuk rakyat, bukan sahaja di Sri Tanjong tetapi juga di Sabah dan di seluruh negara.

Apapun, saya ingin maklumkan bahawa saya telah membuat tiga seruan kepada tiga pihak, pada malam itu.

Seruan Pertama :

Seruan ini saya tujukan khas kepada kesemua ahli komponen Parti Pakatan Rakyat yang hadir pada malam tersebut.

Saya berharap, kita semua terus bersatu hati dan setia berdiri bersama-sama rakyat, yang amat  perlukan pembelaan.

Walaupun sebelum ini kita pernah tidak sama pandangan, tetapi itu tidak sepatutnya melemahkan kita

Perbezaan pendapat bukanlah satu perkara yang boleh merosakkan kita, asalkan hati kita berjuang untuk perkara yang sama.

Cuba kita lihat, dulu Datuk Kong Hon Min pernah berlawan dengan saya masa Pilihan Raya. Tapi hari ini dia boleh datang bersama-sama kita lepas saya jemput dia.

Kenapa? Sebab perjuangan dan misi reformasi kita sama.  Membela nasib rakyat!

Justeru, jadikan malam itu sebagai satu bukti kita boleh bekerjasama sebagai satu keluarga besar, seperti tema malam tersebut… ‘Malam Perpaduan’.

Dulu masa kita tidak kerjasama, kita rugi… tapi rakyat yang paling rugi… Tapi tidak apa, itu satu pengalaman dan kita harus belajar dari kesilapan dulu.

Kalau kita berpecah dan bergaduh, pihak lain akan ambil kesempatan. Rakyat pun tengok kita lemah.

Tapi kalau hubungan kita kuat, kita dapat bawa negara ke arah sistem demokrasi sebenar, walaupun ia cuba dihalang oleh Barisan Nasional.

Kenapa saya cakap begitu? Cuba kita tanya diri kita, kenapa ada parti kerajaan dan ada parti pembangkang?

Jawapannya ialah kerana kalau ada kedua-dua parti itulah barulah negara kita dikatakan demokrasi.

Tapi kalau parti pembangkang disekat dari memainkan peranannya, itu bermaksud negara kita bukan lagi negara demokrasi, negara dictator.

Seruan saya yang kedua pula ialah untuk Kerajaan dan Barisan Nasional, terutamanya yang ada di Sabah.

Cuba tanya diri kamu? Kamu sekarang kerja untuk bantu rakyat atau antu diri sendiri?

Sebagai contoh, isu tanah. Tidak kisahlah tanah untuk kebun atau untuk tapak rumah? Ramai rakyat tidak ada tanah, tapi cuba kasitau berapa orang pemimpin BN yang tidak ada tanah? Saya percaya, mereka bukan sahaja ada tanah, tetapi juga berpuluh atau beratus ekar tanah.

Sebaliknya, rakyat tempatan miskin yang teroka tanah dengan titik peluh berpuluh-puluh tahun, dibiarkan tanpa geran atau dalam sekelip mata sahaja dihalau seperti pendatang haram.

Contohnya di Tingkayu Kunak, di Bukit Tajam, Sungai Mantri, Nagos, Sungai Pendekar Sebatik, Serudong Laut, di Paitan dan banyak lagi. Beribu family jadi mangsa.

Malah apa yang paling sedih, ada juga penduduk miskin yang rumah mereka dibakar dan harta benda mereka dirampas.

Inikah sistem kerajaan kita yang kononnya penyayang, perjuangkan nasib rakyat dan ingin capai miskin tegar kosong tahun depan???

Ini saya sebut baru pasal tanah. Belum lagi pasal  500 pelajar tidak dapat masuk tingkatan satu sebab tiada tempat duduk. Belum lagi pasal apply lesen MPT tidak lulus-lulus. Belum lagi pasal rumah PPR orang kaya atau kroni yang dapat.

Dan belum juga pasal rakyat yang semakin hari semakin tertekan kerana miskin? Miskin bukan kerana tiada duit, tapi duit semakin tidak ada harga kerana barang terlampau mahal. Ikan basung yang kecil dan tidak fresh pun RM 2.00. Apa lagi kalau fresh, mau RM 4.00 atau RM 5.00.

Oleh itu, saya menggesa pemimpin BN supaya betul-betul serius untuk membela nasib rakyat.

Buang itu perkataan wakil rakyat kalau tidak boleh kerja. Tukar perkataan wakil diri sendiri!

Kepada masyarakat dan rakyat pula, lihatlah sekeliling kamu dan fikirlah sendiri. Adakah kita sebagai rakyat hari ini dibela oleh pihak kerajaan BN atau kita masih terpaksa bermati-matian untuk hidup di negara ini.

Adakah hari ini hidup kita semakin selesa seperti janji-janji pemimpin BN dahulu?

Mari kita sama-sama memandang yang benar dan berfikir tentang masa depan kita, anak-anak kita dan generasi kita akan datang.

Berilah sokongan kepada Pakatan Rakyat kerana parti ini sahajalah yang benar-benar berjuang untuk membawa perubahan kepada negeri dan negara kita, ke era demokrasi yang sebenar!

Bila itu tercapai, sudah pasti hidup kita hari ini akan bertambah baik dan terbela. Marilah kita bersatu di dalam Pakatan Rakyat untuk perjuangkan hak-hak kita yang semakin hilang.

 

Advertisements

Comments»

1. Pemuda PAS Kawasan Tawau - March 20, 2009

Salam Perpaduan dari PAS Kawasan Tawau

2. Johnny - April 11, 2009

Taniah…
Akhirny perjuangan anda telah di terima oleh Pakatan Rakyat.
Teruskan Perjuangan anda YB.

3. Malam Perpaduan – Pakatan Rakyat Tawau, Sabah Oleh YB jimmy Wong, ADUN DAP « Dewan Pemuda PAS Sarawak - June 29, 2009

[…] “Posted by wong jimmy in Uncategorized. Tags: Pakatan Rakyat 2 comments […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: