jump to navigation

Cukai 7.5% – Saya cabar KM buktikan Pekebun Kecil Tidak Di Cukai December 6, 2008

Posted by wong jimmy in Uncategorized.
trackback

Saya mencabar Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman untuk membuktikan yang pengusaha kecil sawit tidak dikenakan cukai jualan dan jika perkara itu terbukti saya sedia meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri. Tetapi, jikakalau Datuk Musa tidak dapat buktikan seperti apa yang saya katakan sebelum ini, saya harap dia juga akan letak jawatani.

Saya telah banyak kaili cuba menerangkan dan sampaikan bukti yang pekebun-pekebun kecil kelapa sawit dikenakan cukai Sabah Sales Tax 7.5%, tetapi Kerajaan Negeri tidak ada mengambil apa-apa tindakan langsung malah mengatakan saya yang salah dan cakap kosong. Sekurang-kurangnya siasat dulu dan kaji dawaan saya sama betul atau tidak. Saya kesal dengan sikap kerajaan yang tidak ambil serius masalah pekebun-pekebun kecil kelapa sawit yang terpaksa membayar cukai yang pihak kilang-kilang yang sepatutnya bayar.
Berapa lamakah perkara ini harus berterusan sebelum kerajaan negeri sedar tetang kesilapan ini. Kerajaan harus berani bertangungjawab jika benar kesilapan telah berlaku.
Pada masa yang sama Kerajaan Negeri harus juga bertindak segera membantu para pengusaha ladang-ladang sawit di negeri ini, yang kini terus tertekan ekoran berhadapan dengan masalah kejatuhan harga buah yang mendadak.
Tanpa tindakan dari pihak kerajaan, situasi itu tentunya akan menjadi bertambah buruk dan dikhuatiri, kegemilangan negeri ini sebagai antara pengeluar sawit utama negara akan tinggal menjadi sejarah.
Seperti kenyataannya sebelum ini di dalam akbar dan di Dewan Undangan Negeri, saya ingin mendesak kerajaan supaya mengkaji semula kadar cukai sebanyak 7.5 peratus yang dikenakan kerana ia bukan sahaja melibatkan pengilang, malah para pekebun kecil.
Jika perkara itu diteruskan katanya, ia bukan sahaja akan lebih membebankan mereka yang terlibat di dalam industri penanaman kelapa sawit, malah para pelabur luar juga tentunya tidak berminat untuk melabur di negeri ini.
Saya berharap perkara ini mendapat perhatian dan tindakan drastik kerana saya telahpun menunjukkan bukti kepada Ketua Menteri pada persidangan Dun lalu yang pengusaha kecil sawit juga sebenarnya terpaksa menanggung kadar cukai tersebut.
Pekebun-pekebun kecil dan saya berharap agar kerajaan segera mengarahkan pihak pengilang supaya tidak mengenakan kadar cukai tersebut ke atas para pekebun kecil.
Saya juga meminta Kerajaan Negeri supaya memperjelaskan langkah-langkah yang telah, sedang ataupun akan diambil berhubung isu kejatuhan harga sawit.
Saya juga ingin tahu apakah jawatankuasa khas mengenai isu sawit jatuh harga ini telah ditubuhkan seperti yang dinyatakan sebelum ini? Jika sudah ditubuhkan, apakah yang telah dilakukannya berhubung kejatuhan harga sawit ini?
Apa yang disuarakannya itu haruslah diambil perhatian kerana kejatuhan harga sawit yang kini mencecah kira-kira 70 peratus berbanding tiga bulan lalu, bukan hanya merugikan para pekebun kecil, tetapi juga syarikat-syarikat besar, pengilang dan pengeluar serta pembekal baja.
Malah apa yang mengejutkan saya apabila mendapat tahu bahawa sebuah syarikat besar yang tersenarai di dalam Bursa Saham, turut terpaksa bertindak memotong 20 peratus gaji pekerjanya ekoran kerugian akibat dari kejatuhan harga buah berkenaan.
Jika tiada tindakan bagi mengatasi masalah ini diambil, saya yakin perancangan kerajaan seperti untuk membangunkan Program Palm Oil Industry Cluster (POIC) tidak akan berhasil. Justeru, lakukan sesuatu bagi membantu mereka yang terlibat di dalam industri ini.

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: