jump to navigation

Saya akan terus lantang bersuara September 23, 2008

Posted by wong jimmy in News Clips.
trackback

Statement yang disiarkan baru-baru ini

TAWAU: “Saya akan terus lantang bersuara bagi membela serta mempertahankan hak-hak masyarakat kerana perkara itu telah menjadi tanggungjawab saya sebaik sahaja saya mengangkat sumpah sebagai seorang ‘wakil rakyat’,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Sri Tanjung Jimmy Wong Sze Phin.
Wakil Rakyat pembangkang tunggal di Dewan Undangan Negeri itu berkata, semasa melafazkan sumpahnya bagi menyandang jawatan yang diamanahkan, antara lafaz sumpahnya ialah untuk berkhidmat dengan penuh sedaya upayanya.
Oleh yang demikian tegasnya, meskipun ada pihak yang mungkin ‘tidak senang hati’ dengan teguran-teguran yang disuarakan olehnya, namun selagi perkara itu melibatkan hak dan kepentingan rakyat, beliau akan terus memperjuangkannya.
“Namun begitu, saya juga bersedia untuk menyokong atau berbincang dan bertukar-tukar fikiran dengan mana-mana pihak yang benar-benar ingin melakukan yang terbaik untuk rakyat, termasuklah agensi-agensi kerajaan yang mahu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka,” katanya.
Setakat ini katanya, terdapat beberapa agensi kerajaan yang dilihatnya memahami misi dan visinya yang sebenar, meskipun ada juga yang bertindak sebaliknya.
Beliau menyatakan pendiriannya itu dalam kenyataannya kepada media di sini, kelmarin.
Berhubung perkara berlainan, Jimmy dalam kenyataannya turut menggesa kerajaan khasnya Kementerian Pengangkutan supaya segera menamatkan perjanjian dengan pihak Puspakom, berhubung tanggungjawab melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan-kenderaan di negara ini.
Kata beliau, perjanjian yang dibuat itu tidak ubah seperti satu usaha yang menghalang konsep perdagangan bebas, memandangkan peluang perniagaan yang seharusnya dibuat secara terbuka itu, kini hanya dimonopoli oleh satu pihak sahaja.
“Apabila ianya dimonopoli oleh satu pihak, unsur-unsur rasuah tentunya akan berlaku dan rakyat pula terpaksa membayar harga yang mahal bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut memandangkan mereka tidak mempunyai pilihan yang lain,” katanya.
Justeru itu,  Jimmy menyarankan supaya tanggungjawab memeriksa kenderaan dibuat secara terbuka agar wujudnya persaingan yang secara tidak langsung mencetuskan konsep perdagangan sihat.
“Bagi peluang bengkel-bengkel terkenal seperti UMW, Nissan, Toyota, Proton dan sebagainya terlibat melaksanakan tanggungjawab memeriksa kenderaan-kenderaan di negara ini. Kalau kenderaan yang ingin diperiksa itu jenis Toyota contohnya, bagi bengkel syarikat itu yang melakukan pemeriksaan”.
“Lagipun apabila pemeriksaan dilakukan oleh mekanik-mekanik mereka yang bertauliah, sudah tentu kualitinya juga akan lebih terjamin serta menepati standard. Apabila konsep ini diamalkan, saya percaya banyak insiden-insiden kemalangan juga dapat turut dikurangkan,” katanya lagi.
Selain dengan Puspakom, perjanjian-perjanjian kerajaan dengan pihak-pihak lain seperti Fomema juga ujarnya, haruslah turut ditamatkan dan dibuat berlandaskan konsep perdagangan secara terbuka.

Advertisements

Comments»

1. megahsusah - October 19, 2008

Salam sejahtera yang berhormat,penghuni Taman Megah Jaya ( Perumahan pasa pertama ) menghadapi masalah besar apabila longkang sentiasi dipenuhi air. Ini adalah disebabkan parit besar telah disumbat dengan kelodak dan tidak pernah dibersihkan. Tidak hairanlah ramai penduduk megah jaya akan menghidap penyakit aedes atau malaria.
YB, lihatlah sendiri dan maklumkan kepada MPT yang pemalas. Kami bayar cukai setiap tahun. Kemana duit kami pergi ?

2. antirasuah - October 19, 2008

Saya sangat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat. Orang puspakom tu memang rasuah. Diorang tu bukan pakar kereta melainkan pakar ambil duit pemilik kereta. Lebih baik yang pakar kereta buat pemeriksaan sesebuah kenderaan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: