jump to navigation

Kontraktor-kontractor MPT perlu melaksanakan tugas dengan sempurna September 23, 2008

Posted by wong jimmy in Council, News Clips.
trackback

Statement yang telah disiarkan dalam surat khabar baru-baru ini

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung Jimmy Wong menggesa pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT) agar memastikan semua kontraktor-kontraktor swasta yang telah menandatangani perjanjian dengan pihak berkuasa tempatan terbabit, melaksanakan tugas mereka dengan sempurna.

Katanya, dasar penswastaan yang diamalkan ketika ini seharusnya memberi manfaat yang lebih kepada masyarakat dan pembayar cukai kerana kontraktor-kontraktor terbabit dibayar pada setiap bulan menggunakan wang rakyat.

Sebagai contoh katanya, kualiti perkhidmatan kontraktor-kontraktor yang menjalankan kerja-kerja seperti menyapu sampah, mencuci tangga, membersihkan longkang dan sebagainya di sekitar Perbandaran Tawau, dilihat masih belum memuaskan hati rakyat.

“Setiap sen wang rakyat ada nilainya. Mereka patut mendapat perkhidmatan yang baik. Tapi cuba kita lihat, berapa kali bandar Tawau kita lihat disapu dan tangga-tangga bangunan dicuci? Longkang-longkang juga tersumbat dan keadaan bandar masih kotor,” katanya lagi.

Berikutan hal yang sama, beliau menggesa wang bayaran kepada pihak kontraktor dipotong jika mereka tidak melaksanakan tugas dengan sempurna, atau perjanjian dengan syarikat yang terlibat ditamatkan.

Beliau berkata demikian dalam kenyataannya kepada media di sini.

Dalam hal berlainan, Jimmy juga melahirkan rasa kesalnya berhubung tindakan pihak berwajib yang sering menutup kawasan tapak letak kereta di hadapan bangunan MPT, untuk disewakan kepada syarikat-syarikat yang ingin mengadakan ekspo atau pameran di kawasan tersebut.

Situasi itu katanya telah mendatangkan kesulitan kepada pengguna kenderaan, apatah lagi apabila bandar Tawau sememangnya berhadapan dengan masalah kekurangan tapak letak kereta.

“Saya harap perkara seperti ini dapat dihentikan dan tidak lagi dilakukan pada masa-masa akan datang. Apabila tapak letak kereta ditutup untuk dijadikan tapak pameran, ia secara tidak langsung menambahkan lagi masalah pengguna kenderaan untuk mendapatkan tapak letak kereta,” kata beliau.

Dalam hal sama, beliau turut mencadangkan agar sebarang pameran yang ingin diadakan, dibuat di kawasan tapak terbuka (open space) dan bukannya di atas kawasan letak kereta.

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: