jump to navigation

Sokong tindakan SAPP June 20, 2008

Posted by wong jimmy in Support.
trackback
Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri DAP bagi kawasan Sri Tanjung, saya menyokong penuh tindakan Parti SAPP yang mengisytiharkan rasa tidak percaya mereka ke atas kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad badawi.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Yong Teck Lee selaku Presiden Parti SAPP pada Rabu lepas, merupakan satu langkah awal yang boleh memberi perubahan kepada negeri dan negara ini.

Saya berbangga kerana mereka dengan lantang berani menyuarakan pendirian mereka, iaitu untuk menyokong usul undi tidak percaya ke atas Datuk Seri Abdullah pada Persidangan Parlimen minggu depan.

Tindakan itu sememangnya tepat pada masanya apatah lagi apabila rakyat kini merintih dan semakin tertekan di atas tindakan kerajaan menaikkan harga minyak baru-baru ini.

Rakyat sudah cukup lama menderita. Suara mereka perlu didengar. Saya berharap tindakan yang dilakukan SAPP itu akan merubah Malaysia menjadi negara yang lebih baik pada masa hadapan.

Bagaimanapun saya berharap parti komponen Barisan Nasional (BN) itu akan bertindak tegas dengan pendiriannya, iaitu dengan mengambil tindakan keluar dari menjadi parti komponen BN.

Dengan tegas saya menggesa agar royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak ditingkatkan menjadi 20 peratus, bagi memastikan rakyat di kedua-dua negeri ini turut mendapat manfaat dari hasil bumi yang mereka miliki.

 

 

 

 

Advertisements

Comments»

1. Penyokong - June 21, 2008

Sokong, sokong, sokong.

2. Proud suporter - June 21, 2008

About time someone has the guts.

3. Johnny Chong - June 23, 2008

We support you for future Sabah.

4. Prof. Tawau - August 19, 2008

Sistem Kapitalis penyebab krisis makanan dunia

Sejak sembilan bulan yang lalu, harga makanan dunia telah meningkat sebanyak 40% dan kadar simpanan makanan kini pada tahap terendah sejak 30 tahun. Kenaikan mendadak harga makanan kini telah mencapai tahap kritikal terutama bagi negara-negara miskin. Pada 29 Februari 2008, demonstrasi besar-besaran berlaku di Mexico akibat dari kenaikan harga tepung tortilla. Di Senegal, Mauritania dan beberapa negara di Afrika berlaku tunjuk perasaan akibat dari kenaikan harga bijirin. Di Yemen pula, kanak-kanak melakukan demonstrasi untuk menarik perhatian pemerintah mengenai kebuluran kanak-kanak. Di Indonesia, negara yang pada hakikatnya adalah sebuah negara kaya yang mampu menampung keperluan makanannya sendiri, bahaya kebuluran sudah mula mengancam. Pada 13hb Februari yang lalu, FAO telah mengumumkan bahawa akibat dari harga makanan yang naik mendadak, 36 buah negara berada dalam krisis yang amat buruk. Dan di banyak negara lain, ia diburukkan lagi dengan konflik, banjir dan cuaca buruk.

Di antara yang didakwa menjadi sebab utama masalah ini adalah kenaikan harga minyak dan baja, permintaan yang tinggi ke atas tanaman makanan untuk tujuan penjanaan bahan api bio (biofuel) dan simpanan makanan dunia yang rendah di samping alasan yang menjadi isu ‘evergreen’ – pertambahan penduduk dunia yang terlalu cepat berbanding pengeluaran makanan untuk menampung pertambahan ini. Namun, apa yang pelik adalah, tidak pula disebut mengenai masalah ‘pengagihan’, sedangkan kita sedia maklum bahawa sejak dahulu lagi, dalam suasana sebahagian Afrika dalam kebuluran, terdapat lebihan makanan di bahagian utara dunia (Barat).

Hakikatnya, masalah kenaikan harga makanan yang sedang melanda dunia ini merupakan akibat dari kedurjanaan sistem kapitalis yang menompokkan kekayaan hanya pada golongan tertentu sahaja. Setiap kali krisis seperti ini berlaku, ada saja perkara lain yang dipersalahkan. Antara yang dipersalahkan adalah pertumbuhan penduduk yang terlalu cepat berbanding dengan pengeluaran makanan yang dapat menampung pertumbuhan tersebut.

Salah satu teori yang kerap digunakan adalah teori yang dikemukakan oleh Thomas Malthus dari Britain dalam kurun ke 18. Beliau menulis sebuah buku bertajuk An Essay on the Principle of Population as it Affects the Future Improvement of Society pada tahun 1798, yang mana di dalamnya dikatakan bahawa populasi manusia akan bertambah secara eksponen manakala pertambahan bahan makanan hanyalah secara aritmetik. Ini bermakna bahawa beberapa ratus tahun selepas zaman Malthus, sebahagian populasi manusia akan mengalami kebuluran dan kekurangan makanan.

Malthus menulis bukunya ketika Britain mempunyai populasi 11 juta dan pada kurun 21, populasi Britain telah bertambah sebanyak 59 juta penduduk, tetapi tidak terdapat mana-mana bahagian Britain yang mengalami krisis kekurangan makanan dan kebuluran yang serius walaupun Britain pada amnya mempunyai keluasan tanah yang tidak begitu besar berbanding dengan negara-negara lain di dunia.

Hakikatnya, pendapat Malthus adalah benar dari segi pertambahan penduduk dunia namun teori beliau ternyata salah dalam meramal bahawa pertumbuhan makanan tidak akan dapat menampung pertambahan penduduk dunia.

Menurut kajian dari UN yang bertajuk United Nations State of Food and Agriculture Reports, sejak Perang Dunia Kedua, makanan dunia telah bertambah sebanyak 30% bagi setiap penduduk dunia. Dan bagi sesetengah negara membangun, pertambahan pengeluaran makanan mencapai 38%. Ini termasuklah Arab Saudi, negara padang pasir yang berada di tempat ke sepuluh dalam pengeluaran gandum, mengeksport AS200 juta dollar gandum setiap tahun.

Menurut kajian UN bertajuk The State of Food and Agriculture (SOFA) 2007 pula, pengeluaran pertanian bertambah sebanyak 2.3% setiap tahun dan adalah tiga kali ganda lebih besar berbanding tahun 1960-an, dan adalah melebihi pertambahan populasi dunia sebanyak 1.7% setiap tahun. Dan pemakanan manusia bertambah daripada 2,280 kcal bagi setiap seorang setiap hari dalam tahun 1960-an kepada 2,800 kcal bagi setiap seorang setiap hari dalam tahun 2000.

Namun negara-negara membangun dan dunia ketiga kerap dipersalahkan kerana mempunyai pertambahan populasi yang terlalu tinggi walaupun negara-negara industri Barat menggunakan 81% daripada jumlah barangan produksi dunia. Walaupun negara dunia ketiga mempunyai jumlah yang lebih besar kekayaan semula jadi tetapi ia hanya menggunakan sejumlah 3.6% daripada kekayaan semula jadi dunia. Negara industri Barat menggunakan sejumlah 50% daripada simpanan minyak dunia, walaupun mereka hanya mengeluarkan sebanyak 25% daripadanya.

Sistem ekonomi Kapitalis Barat melihat masalah ekonomi dunia sebagai masalah produksi. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ekonomi dunia, yang dianggap berlandaskan persoalan produksi, maka sesebuah negara haruslah menekankan aspek produksinya di mana kejayaan atau kegagalan sesebuah negara itu diukur melalui Gross Domestic Product (GDP). Sistem ekonomi Kapitalis langsung tidak menekankan persoalan pengagihan dan jaminan keperluan asasi ‘setiap individu’ manusia.

Kepincangan ini, pada hakikatnya bukanlah termanifestasi hanya di negara termiskin, ia juga berlaku di negara utama kapitalisme, Amerika Syarikat. AS yang mempunyai populasi sebanyak 4% sahaja daripada jumlah penduduk dunia menggunakan sebanyak 25% daripada barangan keperluan dunia, termasuklah makanan. Ini mungkin menyebabkan kita menjangka bahawa penduduk AS mempunyai taraf hidup yang tinggi, namun, menurut sebuah kajian yang dilakukan di World Socialist Web Site (WSWS) bertajuk Hunger and Homelessness Survey pada Disember 2007, keperluan makanan telah bertambah bagi setiap 4 daripada 5 kota di AS. Dan sembilan daripada sepuluh kota di AS memerlukan keperluan perumahan bagi penduduknya yang tidak mempunyai rumah sendiri!

Dalam suatu kajian yang lain oleh U.S. Department of Agriculture bertajuk Household Food Security, ia mengatakan bahawa 35 juta daripada penduduk AS hidup dalam kelaparan dan 12.6 juta dari angka tersebut merupakan kanak-kanak. Ini bermakna, setiap satu daripada lima orang kanak-kanak di AS mengalami masalah kekurangan makanan, sementara 36.5 penduduk AS adalah terdiri daripada golongan fakir-miskin. Dan dalam masa yang sama, AS juga merupakan negara yang paling banyak mempunyai jutawan dan ribu-jutawan berbanding negara-negara lain di dunia.

Benar, masalah kekurangan makanan dan kebuluran memang sedang berlaku di dunia hari ini. Namun, masalah tersebut bukanlah berpunca daripada rendahnya ‘produksi makanan’, tetapi ia sebenarnya berpunca dari masalah ‘pengagihan makanan’.

Adapun mengenai dakwaan bahawa kenaikan harga makanan adalah akibat dari permintaan tinggi terhadap makanan bagi penjanaan bahan api bio, perlulah diperhatikan bahawa penghasilan bahan api bio hakikatnya tidaklah melibatkan makanan seperti beras dan gandum yang merupakan makanan utama bagi kebanyakan penduduk di dunia. Seharusnya, dengan meningkatnya keperluan untuk penghasilan bahan api bio, maka sewajarnya harga minyak mentah menunjukkan penurunan. Namun, ini tidak berlaku – bahkan harga minyak kini telah mencecah USD107 setong! Bandingkanlah dengan harga minyak yang hanya menjangkau USD50 setong sebelum AS menceroboh Iraq lima tahun lepas!

Bagi mereka yang benar-benar prihatin dan ikhlas dalam memikirkan perkara ini, mereka akan dapat melihat bahawa sebenarnya sikap boros, rakus dan tamak negara-negara industri Kapitalis Baratlah yang menjadikan negara dunia ketiga dan negara membangun mengalami krisis ekonomi, dan kini krisis makanan yang begitu kritikal. Segala alasan, termasuklah alasan kurangnya stok makanan dan pertambahan penduduk di dunia ketiga (oleh itu permintaan makanan menajdi tinggi) hanyalah merupakan justifikasi untuk mempertahankan sistem Kapitalis yang sudah rosak dan busuk ini.

Berbeza dengan sistem ekonomi kapitalis yang menekan dan zalim, Islam menitik beratkan pengagihan keperluan asas, termasuk makanan dan kekayaan kepada ‘setiap individu’ dan mengharamkan kekayaan dan keperluan hidup dikuasai hanya oleh golongan tertentu dalam masyarakat seperti syarikat-syarikat multinasional dan golongan yang kaya-raya. Sememangnya di dalam masyarakat akan terdapat golongan yang lemah dan tidak berkeupayaan untuk memiliki keperluan asas untuk hidup, namun Islam telah menggariskan tatacara penjagaan golongan tersebut agar hidup mereka tidak terabai dalam Daulah Islam.

“Dan janganlah harta kekayaan berputar pada golongan yang kaya di antara kamu” [TMQ Al-Hashr: 7]

Setiap manusia mempunyai hak terhadap keperluan hidup seperti makanan, tempat perlindungan dan pakaian dan setiap manusia juga berkongsi dalam kepemilikan mereka ke atas air, bahan api dan tanah pertanian. Pada masa yang sama setiap manusia juga berhak mendapatkan hak-hak mereka secara percuma dalam bidang pendidikan, perubatan dan apa-apa sahaja perkara yang menyentuh hak manusia yang hidup sebagai sebuah masyarakat. Hanya Islamlah yang menjanjikan semua ini, sebagai satu-satunya cara hidup yang benar yang pasti akan membawa rahmat ke seluruh alam.

Wallahu a’lam.

Rujukan:

1. One in Ten Americans Went Hungry Last Year, By Abid Aslam, IPS News. Posted November 28, 2007 http://www.alternet.org/story/68054/
2. The State of Food and Agriculture (SOFA) 2007 , (ftp://ftp.fao.org/docrep/fao/010/a1200e/a1200e07.pdf) March 2008
3. http://www.pregnantpause.org/overpop/food.htm March 2008.

5. Prof. Tawau - August 19, 2008

Drilling won’t help reduce gas prices

I’ve read several letters recently that address oil prices, and there seems to be a misconception about the way the oil market works. Beverly Bruce’s letter, “Shaheen hypocrisy,” in the Sunday Monitor is a good example. After citing high gas prices and the need for offshore drilling, Bruce writes, “It is unacceptable for the United States to continue to rely on foreign oil.”

Why would domestically produced oil be sold for any less? It isn’t anticipated that so much oil would be extracted from offshore locations that it would significantly impact the world market price. And whether oil is drilled in Saudi Arabia or off the coast of Florida, it will be sold at the world price.

It makes little difference whether we purchase oil from Canada (our leading supplier), nations with anti-American governments like Venezuela, or nations like Saudi Arabia where the money may filter into the hands of terrorists. If we ceased purchasing from Venezuela tomorrow, they would simply sell to someone else for the same price. The same amount of oil money would flow into the coffers of Hugo Chavez even if we managed to get 100 percent of our oil from friendly producers. Gas prices would still be at the same level.

The only realistic way to contain gasoline prices in the near term is to cut demand. That means driving more fuel-efficient vehicles, driving less frequently and driving at slower speeds. In the long term, we’ll need something other than drilled oil to power our transportation.

6. kent - August 21, 2008

1) oil price up blame speculators
2) weak US$
3) middle east tension
4) nigeria civil war
5) US reports lower oil stock pile
6) oil producers (opec) refuse to increase oil production
the list goes on & on

Prof Tawau
how about switching to natural gas , its cleaner , however if cars switch to natural gas there might not be enough gas stations in sabah to meet user’s demand.

eg: s’pore also encourage its taxi drivers however when drivers switch , they are frustrated.
1) lack of refuelling gas stations
2) stations location too far
3) the convenience to refuel up to 4 times a day.
4) drivers had to wait long hours of queue at gas station
5) sometimes drivers had to be turned away as supplies run out
6) due to above factors driver’s earnings also reduced after switching from diesel to gas.

we should do away with subsidies in a step by step manner , artificial low price will only encourage users to use & waste more oil.

7. kent - August 21, 2008

Prof Tawau

high oil price
-blame speculators
-weak US$
-civil war in Nigeria
-Tension in Middle East
-Reduced oil stock pile in USA
-opec nations refused to increase oil production
the list goes on & on
switch to natural gas is good , cleaner , less pollution friendly to environment.
however it has its demerits too.
eg: Singapore encourage taxi drivers to use natural gas however it brings drivers frustrations.
-lack of refuelling gas stations
-locations of gas stations far away
-drivers wait long hours for their turn
-sometimes drivers is being turned away as gas been sold out
-drivers also had to refuel up to 4 times day
-all above factors make drivers worse off as income is reduced after switching from diesel to natural gas


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: