jump to navigation

State Legislative Assembly – Q & A May 7, 2008

Posted by wong jimmy in State Legislative Assembly.
trackback

SOALAN DUN NO.25  (ISNIN)  05 MEI 2008
Y.B. Tuan Jimmy Wong Sze Phin (Sri Tanjung) bertanya kepada MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN,  Adakah pihak kerajaan merancang untuk menaiktarafkan jalan masuk ke tapak pelupusan sampah di Merotai,  Tawau,  memandangkan jalan sekarang ini tidak boleh digunakn semasa hujan dan adakah perancangan untuk mendapatkan tapak baru pelupusan tersebut.JAWAPAN SOALAN NO. 25

Untuk menjawab soalan dari Ahli Yang Berhormat Sri Tanjung,   Kerajaan Negeri  tidak akan merancang untuk menaiktarafkan jalan masuk ke tapak pelupusan sampah di Merotai selain daripada kerja-kerja penyelenggaraan dari semasa ke semasa oleh Majlis Perbandaran Tawau bagi membolehkan lori-lori sampah dapat masuk ke kawasan tersebut secara sementara.  Mengenai dengan tapak pelupusan baru,  Kerajaan Negeri telah mengenalpasti dan meluluskan satu kawasan seluas 120 ekar di jalan Bukit Quoin,  Tawau,  untuk dijadikan tapak pelupusan baru bertaraf Sanitari Landfill Kelas III.  Setakat kini tindakan-tindakan untuk penyediaan rekabentuk dan penyediaan Kajian kesan Alam Sekitar akan diambil oleh pihak-pihak tertentu sebelum pembinaan dibenarkan.  Selain itu,  pihak jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara juga sedang mempertimbangkan bagi  membantu MPT menaiktaraf serta membaikpulih tapak pelupusan di  Merotai.

SOALAN DUN NO.29 (SELASA)  06 MEI 2008

Y.B. Tuan Jimmy wong Sze Phin (Sri Tanjung)  bertanya kepada MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN,  Apakah rancangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah kekurangan tempat letak kenderaan yang teruk di Tawau dan bolehkah tanah-tanah terbuka yang ada digunakan untuk membina tapak letak kereta sementara seperti di kawasan terbuka sebelah bangunan Perpustakaan Negeri Tawau dan tapak pasar lama Tawau.

JAWAPAN SOALAN NO.29

Untuk menjawab soalan daripada Ahli Yang Berhormat sri Tanjung,  rancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah kekurangan tempat letak kenderaan di Bandar Tawau antaranya adalah menggalakkan pembangunan kompleks pusat Beli Belah dengan tapak letak kereta bertingkat,  menambah bilangan letak kereta di kawasan tertentu khususnya pengubahsuaian ruang pulau-pulau jalanraya serta kawasan-kawasan tanah lapang berhampiran Perpustakaan Negeri Tawau dan tapak pasar lama serta menaikkan tariff cukai letak kereta.  Walau bagaimanapun,  perkara ini perlu dirancang dan diputuskan melalui Jawatankuasa Lalulintas Majlis Perbandaran Tawau.

 

 

 

 

 

Advertisements

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: