Sokong tindakan SAPP June 20, 2008
Posted by wong jimmy in Support.7 comments
Saya berbangga kerana mereka dengan lantang berani menyuarakan pendirian mereka, iaitu untuk menyokong usul undi tidak percaya ke atas Datuk Seri Abdullah pada Persidangan Parlimen minggu depan.
Tindakan itu sememangnya tepat pada masanya apatah lagi apabila rakyat kini merintih dan semakin tertekan di atas tindakan kerajaan menaikkan harga minyak baru-baru ini.
Rakyat sudah cukup lama menderita. Suara mereka perlu didengar. Saya berharap tindakan yang dilakukan SAPP itu akan merubah Malaysia menjadi negara yang lebih baik pada masa hadapan.
Bagaimanapun saya berharap parti komponen Barisan Nasional (BN) itu akan bertindak tegas dengan pendiriannya, iaitu dengan mengambil tindakan keluar dari menjadi parti komponen BN.
Dengan tegas saya menggesa agar royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak ditingkatkan menjadi 20 peratus, bagi memastikan rakyat di kedua-dua negeri ini turut mendapat manfaat dari hasil bumi yang mereka miliki.


