LKIM perlu mempercepat mesin PDA March 4, 2009
Posted by wong jimmy in Minyak/Fuel.add a comment
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) harus mempercepatkan proses pemasangan mesin PDA di tiga stesen Petronas di Kunak, Lahad Datu dan Semporna, seperti yang telah dijanjikan sejak sekian lama.
Ketiadaan mesin itu telah mengakibatkan golongan nelayan miskin di Kunak yang mendapat kemudahan e-petrol, sukar membeli bahan api itu dan terpaksa mendapatkannya dari-daerah berdekatan.
Bagi Lahad Datu dan Semporna pula, setakat ini hanya terdapat masing-masing satu mesin PDA di stesen minyak bukan Petronas di daerah-daerah terbabit, namun ia memberi masalah kepada nelayan-nelayan terlibat jika mesin tersebut mengalami kerosakan.
Perkara ini telahpun dibawa beberapa kali. Ia sepatutnya tidak dilengah-lengahkan kerana subsidi ini telahpun diperkenalkan kerajaan sejak 2006. Saya harap ia dapat segera dipasang.
Saya telah membawa perkara ini kepada Pegawai Wilayah LKIM Tawau Hasbie Mokti, ketika mengunjungi pegawai itu di pejabatnya di sini.
Saya diberitahu oleh Hasbie bahawa baru-baru ini pihak yang dipertanggungjawabkan memasang mesin PDA berkenaan telahpun pergi ke tiga-tiga daerah tersebut, namun pemasangan mesin tidak dapat dilakukan kerana kesemuanya mengalami sedikit kerosakan.
Bagaimanapun saya rasa perkara itu tidak seharusnya dijadikan alasan kerana mesin-mesin tersebut seharusnya diperiksa dahulu sebelum dibawa ke daerah-daerah terlibat untuk dipasang.
Dalam pertemuan itu, saya juga turut menyuarakan mengenai isu bom ikan di kawasan Kunak dan Semporna, yang wajar dibanteras habis-habisan.
Tarik Balik Harga Minyak/ Reduce Back Fuel Price June 14, 2008
Posted by wong jimmy in Minyak/Fuel.3 comments
Rakyat yang berpendapatan rendah akan hidup sengsara jika harga kenaikan minyak yang terlalu tinggi baru-baru tidak di tarik balik dengan serta merta. Adalah tidak adil sekali, kerajaan menyeru rakyat berjimat dan ubah sedangkan kerajaan sendiri tidak ubah sikap. Potongan elaun keraian sebanyak 10% saya ibaratkan ‘KACANG’ saja untuk menteri-menteri dan pentadbir kerajaan. Ini bukan berkongsi beban tetapi ‘TIDAK ADIL’ sama sekali. Jika benar-benar mahu berkongsi beban, semua potongan dari gaji menteri-menteri kepada elaun-elaun harus dipotong setidak-tidaknya 50%. Sekarang rakyat yang berpendapatan rendah di Sabah mau makan apa? Banyak yang miskin dan tidak ada tanah. Nampaknya akan bertambahlah rakyat yang miskin tegar (harcore poor). Banyak akan terpaksa tukar cara atau diet makan kepada sayur-sayuran kerana mereka akan tidak mampu membeli telur, ikan dan daging.
Minyak Naik – Hadiah dari Pemimpin June 13, 2008
Posted by wong jimmy in Minyak/Fuel.add a comment
Mana perginya pepatah Melayu ringan sama-sama dijinjing, berat sama-sama dipikul? Kerajaan selalu melaung yang pemimpin-pemimpinnya BERJIWA RAKYAT dan KERAJAAN SENANTIASA PRIHATIN terhadap keperitan rakyat. Tetapi dengan tiba-tiba saja menaikan harga minyak petrol dan diesel secara mendadak dengan alasan-alasan yang tidak munasabah. Sekarang kerajaan mahu rakyat yang tanggung sendiri beban dan rakyat mesti berubah cara hidup sedangkan pemimpin-pemimpin cuma mengorbankan 10% elaun keraian. Kalau betul kerajaan prihatin dan pemimpin berjiwa rakyat mengapa tidak potong 50% atau lebih. Bukankah ini lebih adil. Pakatan Rakyat di Tawau telah mengadakan protes secara aman dan mengedar risalah ini. Klik untuk baca risalah ini.




